Sunday, October 18, 2015
89 Mahasiswa Dipilih Sertai Mantap Siri Kelima
NILAI : Seramai 89 peserta dipilih bagi mengikuti Program
Internship Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) Siri Kelima yang memberi pendedahan berguna kepada mahasiswa dalam hal ehwal berkaitan Parlimen Malaysia.
Pengerusi Mantap Datuk Razali Ibrahim berkata pelajar yang dipilih
adalah antara yang terbaik daripada 550 pemohonan yang diterima untuk
penganjuran Mantap kali ini.
“Mantap untuk tahun yang kelima ini berlainan dari sebelumnya kerana
ia dikendalikan buat pertama kalinya oleh alumni Mantap yang telah
ditubuhkan secara rasmi pada awal tahun ini,” katanya kepada media
selepas Majlis Penutup Mantap Siri Kelima di sini, hari ini.
Mantap yang telah dimulakan sejak 2011 sehingga kini mengumpulkan
seramai 341 orang alumni, melibatkan mahasiswa daripada seluruh institut
pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Katanya kesemua mahasiswa berkenaan akan diserahkan secara rasmi pada
malam esok (Ahad) kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang
bernaung di bawah Majlis Ahli Parlimen BN pada satu upacara yang turut
dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Razali berkata sepanjang 45 hari program MANTAP diadakan yang bermula
esok, para peserta berpeluang melihat proses penyediaan dan pelaksanaan
Bajet 2016 dan pendedahan dalam tugas-tugas di kawasan Parlimen seperti
yang dialami oleh Anggota Parlimen.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
turut mengharapkan mahasiswa dari Mantap mampu menjadi ikon berguna
kepada masyarakat.
“Ikon kita boleh tengok macam-macam jenis ikon, ada yang jenis ‘mee
segera’, ada yang menjadi pencetus detik kerana dia mencetuskan kelainan
atau trend setter namun yang penting mereka haruslah menjadi pemimpin
yang mempunyai adab dan tatasusila orang timur,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment