Sunday, October 18, 2015
Tiada Pemimpin UMNO Johor Akan Sertai PKR – Mohamed Khaled
JOHOR BAHARU : Tiada pemimpin UMNO Johor
dijangka meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR, kata Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menteri Besar Johor itu berkata pihaknya tidak menerima sebarang
maklumat mengenai perkara tersebut dan yakin tiada pemimpin yang
melakukannya.
“Yang saya tahu, tidak ada…saya tidak ada terima apa-apa maklumat.
Mungkin politik ini suka gembar-gemburkan sebegitu dan kadang-kadang
tiada pun hal itu tetapi mereka (pembangkang) sengaja mahu dapatkan
publisiti dan sebagainya,” katanya.
Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
Pusat Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) Kampung Kuala Masai, di
sini, hari ini.
Semalam, PKR Johor mendedahkan beberapa lagi pemimpin dalam UMNO
dijangka bakal menyertai parti itu dan pengumuman mengenainya akan
dibuat pada waktu bersesuaian.
Pengerusi PKR Johor Hassan Karim menerusi sebuah akhbar tempatan
dilaporkan berkata parti itu sedang merisik beberapa tokoh pemimpin
dalam UMNO untuk menyertai parti tersebut.
Menurut Mohamed Khaled beliau percaya pemimpin dan anggota UMNO
negeri ini masih berpegang teguh kepada prinsip parti walaupun ada yang
berasa kecewa ataupun marah.
“Kecewa, marah, tidak puas hati memang ada tetapi tidaklah sampai ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’.
“Soalnya sekarang, kita perlu lihat kepada institusi dan bukannya
orang kerana institusi mesti kekal…orang datang dan pergi atas
macam-macam sebab seperti kecewa atau sebagainya,” katanya.
Merujuk kepada tindakan bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk
Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR, Mohamed Khaled yang pernah
menjawat Menteri Pengajian Tinggi berkata ia tidak merugikan UMNO.
Menurut Mohamed Khaled, beliau sangat mengenali keperibadian
Saifuddin yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan
tidak hairan dengan tindakannya yang meninggalkan UMNO.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment