Wednesday, October 14, 2015
Azmin Menteri Besar Yang Gagal – Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap Mohamed Azmin Ali sebagai
Menteri Besar yang gagal kerana menggunakan strategi politik murahan.
Beliau berkata, walaupun lebih setahun menjadi Menteri Besar, Azmin gagal membuang taktik menagih simpati lapuk.
“Peluang yang diberikan rakyat untuk membuktikan beliau seorang
negarawan berjiwa besar setelah diangkat menjadi Menteri Besar
dipersiakan kerana jelas beliau masih tidak cuba bermuhasabah dan
mengambil tanggungjawab atas kegagalan melaksanakan prinsip urus tadbir
yang baik dalam pentadbiran negeri.
“Sebaliknya, beliau terus sewenang-wenangnya mempersalahkan orang lain tanpa mengakui kelemahan diri atau memperbaiki keadaan.
“Sekiranya orang luar atau bukan anggota dikatakan tiada hak mencampuri
urusan dalaman PKR, wajarkah atau adilkah PKR dan parti pembangkang lain
diberi ruang menegur, membidas atau membantah apa sahaja yang dilakukan
atau disuarakan oleh parti komponen Barisan Nasional?,” katanya.
Beliau memberi respons itu selepas Azmin menasihatkan Khalid tidak
mencampuri urusan dalaman PKR kerana beliau bukan lagi ahli PKR.
Sementara itu, bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin berkata,
Khalid hanya memberi respons itu selepas ditanya oleh media.
Katanya, wajar bagi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menjawab tentang
krisis dalaman PKR kerana beliau dipecat secara jahat bagi membolehkan
kerusi Menteri Besar dikosongkan.
“Jawapan Azmin menyerlahkan kegagalan pembangkang mencapai kata sepakat berhubung pembentukan Pakatan Harapan.
‘Azmin nampaknya mahir dalam memainkan peranan dan bermuka-muka. Azmin
akur dengan telunjuk DAP dan Parti Amanah Negara tetapi masa yang sama
berbaik-baik dengan PAS semata-mata mahu mengekalkan jawatan Menteri
Besar,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment