Wednesday, October 14, 2015

Kenaikan Tol : Kerajaan Tidak Seharusnya Tanggung Pampasan Tinggi

wahid
KUALA LUMPUR : Kerajaan berpendapat ia tidak harus terus menanggung pampasan yang sangat tinggi yang dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha mengekang kenaikan kadar tol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM510 juta bagi tempoh  antara Januari-Oktober tahun ini susulan keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari lepas.

Beliau memberitahu, jumlah itu lebih tinggi berbanding RM403 juta pampasan yang dibayar kepada syarikat konsesi pada tahun lepas.

“Atas sebab itu kita membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol dan kenaikan itu dilakukan mengikut perjanjian konsesi yang dimeterai sebelum ini,” katanya ketika ditemubual dalam program Soal Jawab terbitan TV3 malam tadi.

Wahid berkata, kenaikan itu hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dengan  kadar kenaikan maksimum RM1.

Langkah itu katanya membolehkan kerajaan membelanjakan sumber kewangannya untuk kepentingan rakyat seperti menyediakan kemudahan seperti sekolah dan klinik.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment