Wednesday, October 14, 2015
SOSMA Disalahguna Ke Muhyiddin? Najib Dah Kesan Awal Ke'pening'an Muhyddin
Kata bekas Timbalan Perdana Menteri,
Muhyiddin Yassin, dia bersama Tun Mahathir dan beberapa yang lain dalam
sidang media membantah penahanan Khairudin Abu Hassan dan Mathias Chang
Isnin lepas, kerana membantah SOSMA yang kononnya telah disalahgunakan
kerajaan.
Dalam erti kata lain, Muhyiddin
bersetuju dengan Mahathir bahawa SOSMA telah disalahgunakan, tapi
persoalannya benarkah SOSMA disalahgunakan?
Salahguna macam manakah SOSMA ini bila
Khairudin dan Mathias tidak didakwa dibawah SOSMA pun tapi Seksyen 124,
Kanun Keseksaan? Siapa yang memahamkan Muhyiddn bahawa SOSMA ini telah
disalahguna dan maka itu dia bangkit membantah.
Jikapun SOSMA digunakan untuk mendakwa
Khairudin dan Mathias, ia bukanlah salah guna kerana memang dari mula
sudah dinyatakan bahawa SOSMA tidak terhad kepada pengganas dan tindakan
keganasan sahaja. Sabotaj ke atas ekonomi dan sistem kewangan negara
juga membawa kesan yang sama seperti keganasan.
Takkan Muhyiddin tak tahu?
Muhyiddin adalah antara ahli parlimen
yang bersetuju dengan perlaksanaan SOSMA, pelik betul pada ketika itu
Muhyiddin tidak tahu bahawa SOSMA tidak sekadar tertakluk kepada
pengganas dan keganasan saja? Amat malanglah bagi negara ini mempunyai
ahli parlimen yang tak faham isi kandungan undang-undang yang dibahas
dan kemudian dipersetujui untuk dilaksanakan.
Belum sentuh lagi pelbagai perbincangan
dalam kabinet mengenai perkara sama, yang mana kalau dirangkumkan semua,
tak logik kalau Muhyiddin tak tahu sehingga dia nak memekak sekarang.
Nampaknya sokongan Muhyiddin kepada
Mahathir adalah sokongan membuta tuli. Asal apa keluar dari mulut
Mahathir, Muhyiddin sokong, termasuklah perkara-perkara yang ternyata
silap macam pendakwaan Khairudin dan Mathias dibawah SOSMA ini.
Mahathir mungkin dah tua dan menghampiri nyanyuk, takkan Muhyiddin pun
macam dia jugak (nyanyuk)?
Penulis bagaimanapun insaf bahawa ini
satu lagi petanda yang menunjukkan bahawa keputusan untuk menggantikan
Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang dibuat Datuk Seri Najib
Tun Razak adalah tepat. Muhyiddin memang sudah nampak hilang haluan dan
tidak keruan sehingga dia sendiri pun tak tahu dia tengah cakap pasal
apa.
Jika Muhyiddin masih Timbalan Perdana
Menteri, rakyat akan bertambah keliru dengan tindak tanduknya yang tidak
menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin kanan kerajaan. Depan
cakap lain, belakang cakap lain, dalam parlimen cakap lain, semuanya
lain.
Inilah antara kehebatan Najib, dapat
mengesan bila ada anggota kabinetnya yang sudah sasau dan cepat-cepat
mengambil tindakan sebelum terlambat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment