Thursday, October 08, 2015
Bekas Presiden MCA Nak Berentap Dengan PM Di Mahkamah Pertahan Dakwaan... Ada Duit Boleh Lah... Kalah Bayar Aje
Tun Dr Ling Liong Sik memilih untuk berentap dengan Datuk Seri Najib Tun
Razak di mahkamah kerana tetap nak pertahan dakwaanya Perdana Menteri
mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya.
Dakwaan bekas Presiden MCA itu dipercayai merujuk kepada wang RM2.6
billion yang sudahpun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) ia sumbangan derma dari penderma dari Timur Tengah.
Wang itu juga sudah disahkan bukan wang milik 1MBD.
Tidak pasti bagaimana Dr Ling hendak mempertahankan dakwaan berkenaan berasaskan fakta berkenaan.
Beliau mengeluarkan satu kenyataan Rabu tidak akan memohon maaf atas dakwaanya dan hendak bersemuka dengan Najib di mahkamah.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi, saya tetap pertahankan apa yang saya kata. Saya tidak akan meminta maaf.
"Saya katakan kepada perdana menteri, kalau anda memilih untuk saman
saya, saya akan membela diri. Dengan segala kerendahan hati, saya terima
cabaran anda,” katanya.
Ini susulan dari surat tuntutan Perdana Menteri menerusi peguamnya beri
bekas Menteri Pengangkutan itu tempoh tujuh hari untuk memohon maaf jika
tidak berdepan tindakan undang-undang.
Dr Ling membuat dakwaan itu pada satu majlis di di Kolej Universiti
Tunku Abdul Rahman, apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan
gesaan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan.
Beliau dilaporkan berkata ,"Saya setuju dengan Mahathir. Kerana, beliau
mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya”.
Selain dari kenyataan rasmi SPRM mengenai wang RM 2.6 billion
itu,Perdana Menteri sendiri berulang kali telah menjelaskan mengenai
wang berkenaan.
Malah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri
memberitahu beliau sudah berjumpa dengan wakil penderma wang RM2.6
billion itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment