Thursday, October 08, 2015
Misteri Tujuh Murid Orang Asli Hilang... Satu Mayat Ditemui
Ingat kisah tujuh anak-anak Orang Asli yang melarikan diri dari sekolah kerana takut dimarahi guru dua bulan lepas...?
Lewat petang Rabu ada satu mayat budak perempuan berusia 7 hingga 9
tahun, dipercayai seorang daripada murid Orang Asli yang hilang ditemui
dalam Sungai Perias berhampiran Pos Tohoi, Gua Musang.
Yang hairan bin ajaiabnya... mayat yang ditemui kira-kira 7 malam itu hanya 500 meter daripada pusat operasi SAR di Pos Tohoi.
Mayat itu ditemui seorang penduduk kampung yang kemudian memaklumkan
kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi
mengesan tujuh murid Orang Asli itu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan penemuan mayat itu.
"Pasukan menyelamat mengambil masa hampir setengah jam untuk
mengeluarkan mayat yang tersangkut pada ranting kayu dekat celah batu.
"Petugas juga berdepan kesukaran kerana air sungai yang deras dan dalam," katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM).
Mayat yang mereput dan bengkak itu dihantar ke HGM untuk bedah siasat dan proses pengecaman akan dilakukan pagi Khamis.
"Belum pasti lagi sama ada mayat ini adalah seorang daripada tujuh murid
Orang Asli yang hilang itu. Kena tunggu bedah siasat," katanya.
Pada 23 Ogos lalu, tujuh murid SK Tohoi lari dari asrama kerana bimbang dimarahi pihak sekolah kerana mandi di sungai.
Ketujuh-tujuh murid yang hilang ialah Mirsudiar Aluj (11); Noreen Yaakub
(10); Ika Ayel (9); Sasa Sobrie (8); Haikal Yaakub (8); Linda Rosli (8)
dan Juvina David (7).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment