Thursday, October 08, 2015
MH17: Rusia Tahu Pesawat MAS Ditembak Peluru Berpandu BUK - Penyiasat Ukraine
Serpihan peluru berpandu ke udara (BUK) buatan Rusia dikatakan telah
ditemui pada mayat mangsa nahas pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS)
MH17, lapor Mirror.co.
Dakwaan mengejutkan itu telah dibuat oleh seorang penyiasat warga
Ukraine yang merupakan sebahagian daripada kumpulan penyiasat
antarabangsa dalam insiden yang mengorbankan seramai 298 penumpang dan
anak kapal pada tahun lalu.
Laporan rasmi mengenai nahas berkenaan daripada Lembaga Keselamatan Belanda dilapor akan dikeluarkan pada minggu depan.
Vasyl Vovk turut mendakwa bahawa peluru berpandu itu telah digunakan
oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia untuk menembak jatuh pesawat MAS
yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
"Bukti menunjukkan bahawa BUK itu telah ditembak oleh pengganas - ahli
politik Rusia dan pegawai kanan tentera turut mengetahui. Ianya telah
dibawa ke Ukraine pada Julai lalu, bertujuan menembak jatuh pesawat.
"Pengangkut senjata seperti BUK itu dari Rusia - mustahil jika tembakan dilakukan tanpa pengetahuan orang atasan.
"Tentera tidak dibenarkan menggunakan senjata berat tanpa kebenaran.
Menteri Pertahanan Rusia pasti mengetahuinya," jelas jeneral
perkhidmatan risikan Ukraine itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment