Thursday, October 08, 2015
Biar Betul Ni.....PAS Lumpuh di Johor - Ilham Centre
KUALA LUMPUR : Penubuhan Parti Amanah, terutamanya di Johor, menyebabkan pergerakan parti PAS lumpuh.
Kajian Ilham Centre mendapati pemimpin pengganti PAS di Johor tiada pengalaman untuk menerajui parti berkenaan.
"Kedudukan PAS goyah biarpun mereka mendakwa tidak terkesan (dengan
penubuhan Amanah) kerana semua perjawatan diganti dengan individu lain.
"Menyedari hakikat itu, individu yang jadi pengganti tiada pengalaman,
tidak pernah berorganisasi malah tidak pernah menggerakkan PAS di
peringkat negeri mahupun cawangan," kata Pegawai Eksekutif Ilham Centre,
Hisomudin Bakar dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.
Tambah beliau, PAS dilihat tidak mampu beroperasi secara formal
sepertimana pilihan raya sebelum ini memandangkan tokoh yang
menggerakkan parti itu kini sudah tiada.
Hasil daripada kelemahan yang ada pada pembangkang ketika ini, UMNO
dianggap mempunyai peluang baik untuk mengukukuhkan kedudukan di selatan
Semenanjung.
"Biarpun wujud parti baharu dengan jenama baharu dan pola pengundian
orang Melayu yang sukar berubah, keadaan ini memberi kelebihan pada UMNO
walaupun UMNO sendiri kini dibebani pelbagai isu," katanya.
Malah, pemikir strategi UMNO dinasihat agar terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.
"Kalau UMNO gagal yakini pengundi, mungkin berlaku undi protes yang menjadi bonus buat pembangkang.
"Dari situ, kejayaan parti pembangkang bukanlah hasil kekuatan mereka,
tetapi akibat kegagalan UMNO untuk mengurus krisis dan juga apa yang
berlaku pada parti pemerintah sekarang," tambahnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment