Thursday, October 15, 2015

“Conference Asean Women In Politics” Mampu Bantu Bumi Palestin – Wakil Palestin

KUALA LUMPUR : Pengerusi Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar daripada parti Barisan Liberal Nasional Palestin, Adalah Atira melahirkan rasa teruja kerana buat pertama kalinya dapat menjejakkan kaki ke bumi bertuah Malaysia.

Ujarnya, Malaysia adalah saudara seIslam Palestin yang telah banyak membantu bumi Palestin.

“Saya juga amat gembira kerana dapat menyertai Conference Asean Women In Politics kerana ia amat berguna untuk wanita seluruh negara terutamanya di Asean khususnya Palestin sendiri.
DSC_8293_cropped
“Dengan penyertaan Palestin sebagai pemerhati antarabangsa saya berharap dapat berkongsi pendapat untuk pembangunan wanita bukan sahaja di dalam hal politik tetapi di dalam semua perkara.

“Di dalam kemajuan pembangunan, ianya tidak akan berjaya tanpa penglibatan semua pihak termasuklah wanita. Dengan perkongsian di dalam conference ini kelak saya berharap ia dapat diterapkan kepada wanita di bumi Palestin yang sedang merana akibat peperangan,” ujarnya dalam wawancara khas bersama pihak media.

Tambah Adalah, seluruh dunia mengetahui bahawa rakyat Palestin sedang bertarung untuk terus hidup dan sudah pastinya mengharapkan bantuan dan sokongan daripada semua pihak terutamanya Malaysia.

“Kepada semua rakyat Malaysia, tolong… tolong… tolong… datanglah ke Palestin kerana anda mampu berkongsi dan membantu kami di dalam mendesak Israel agar tidak menyerang masjid Al Aqsa lagi. Inilah yang kami harapkan daripada Malaysia…. Bantulah bumi Pelestin,” ujarnya.

Negara Pelestin adalah antara 17 buah negara yang bakal menyertai Asean Women In Politics anjuran Wanita UMNO Barisan Nasional (BN) yang bakal berlangsung pada 17 Oktober ini.

Conference yang bakal membawa tajuk Promoting Representation Through Connectivity And Innovation ini akan membentangkan empat tajuk kecil iaitu “Digital Inclusion: Challenges And Opportunities”, “Legally Speaking: Laws And Policies To Promote Representation Of Women In Politics”, “Power Of 51: Women At The Epicentre Of Winning Elections” dan “Millennials & Gen Z: Engaging Future Leaders And Understanding Their DNA” dengan memberi penekanan terhadap isu penglibatan wanita dalam menguasai bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) secara serius.

Conference ini diadakan bersempena Malaysia menjadi Pengerusi Asean 2015 dan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment