Thursday, October 15, 2015
Saifuddin Lompat Masuk PKR Tidak Beri Kesan Pun Pada UMNO – Tengku Adnan
PUTRAJAYA : Tindakan Datuk Saifuddin Abdullah menyertai Parti
Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberi kesan kepada UMNO, kata
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu telah diberi peluang
menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 bagi
kerusi Parlimen Temerloh namun gagal mempertahankannya.
“Saifuddin telah bersama kita dan pernah menjadi anggota Parlimen
bagi Temerloh. Kita letakkan beliau di sana pada PRU lepas dan dia
kalah.
“Sudah pasti
dia ada masalah. Bahkan rakyat tidak mahu beliau, mereka (PKR) boleh
ambil dia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri
mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-10 di Perdana Putra, di sini hari
ini.
Penyertaan Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian
Tinggi ke dalam PKR diumumkan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail hari ini.
Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri, baru-baru ini menerima
surat tunjuk sebab oleh UMNO kerana menghadiri persidangan meja bulat
pihak pembangkang pada 21 September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh yang jatuh ke tangan Pas.
Beliau juga hilang jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO selepas tewas pada pemilihan parti itu pada tahun yang sama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment