KUALA LUMPUR : Ahli UMNO diingatkan supaya tidak menelan
bulat-bulat laporan yang disogokkan menerusi media sosial teruutama
portal berita kerana sebahagian besarnya berunsur fitnah dan putarbelit,
kata Datuk Seri Syed Ali Alhabhsee.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, portal berita
pro-pembangkang dan golongan anti-kerajaan menggunakan media sosial
meracuni pemikiran rakyat terutama generasi muda.
Golongan ini katanya, menggunakan media sosial untuk memecahbelahkan
perpaduan rakyat, mencetuskan isu perkauman, agama dan sosial.
Syed Ali Alhabshee turut menambah.."Penyebaran maklumat tidak sahih dan laporan putarbelit menerusi
media-sosial dilihat menjadi sebahagian daripada budaya masa kini,”
katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Menurutya, berita sensasi atau laporan bersifat adu domba yang
dilakukan sesetengah pihak bertujuan meretakkan perpaduan dan kekuatan
UMNO.
Sehubungan itu tegasnya, ahli-ahli UMNO tidak seharusnya menjadikan
media-sosial sebagai rujukan utama untuk mengetahui perkembangan atau
senario politik yang berlaku hari ini.
“Ada yang berkata, menerusi media siosial seperti portal berita dan
facebook segala maklumat politik boleh diketahui, tetapi kita kena sedar
ada kalanya laporan itu bersifat prejudis dan berniat jahat,” tegasnya.
Bagaimanapun kata Syed Ali, itu tidak bermakna media sosial tidak
berguna kepada masyarakat umum dalam mendapatkan informasi terkini.
“Ada laporan yang benar dan tepat, tetapi banyak penyelewengan fakta dan putarbelit yang berlaku terutama membabitkan isu politik,” tegasnya.
Beliau mengambil contoh bagaimana media sosial sengaja
membesar-besarkan isu perbezaan pendapat di kalangan pemimpin UMNO
bersabit beberapa isu.
Tambahnya, isu yang sepatutnya boleh diselesaikan sengaja disensasikan oleh pihak tertentu sehingga menakutkan rakyat.
“Perbuatan itu dikesan dilakukan oleh pembangkang dan mereka yang
berkepentingan, golongan ini mahu mencetuskan kecelaruan dalam
masyarakat dan menimbulkan kebencian terhadap kerajaan,” ujarnya.
Malah katanya, perkara yang ‘tidak ada’ sengaja diada-adakan untuk menggambarkan UMNO berada dalam kedaaan gawat.
“Mereka laga-lagakan sesama pemimpin UMNO dan orang Melayu bagi
mencapai agenda poltik,” katanya sambil mendakwa perbuatan itu
bertentangan dengan etika kewartawanan.
Beliau turut mempersoalkan sejauhmana pengamal media khususnya media sosial mematuhi etika tersebut.
Semua orang katanya, boleh dan mampu menulis dan memuat-naik pendapat
mereka menerusi media sosial, tetapi apakah itu bertepatan dengan etika
seseorang penulis atau wartawan.
“Banyak yang menulis berdasarkan fitnah, ambil fakta di tepi jalan
dan menjadikannya sebagai bahan untuk memburukkan UMNO dan kerajaan,”
tegasnya.
Perbuatan tersebut jelas beliau, amat tidak adil dan boleh menimbulkan
kecelaruan dan kesangsian rakyat terhadap sesuatu fakta walaupun ianya
bersifat benar dan sahih.
Menurut Syed Ali lagi, gejala itu bagaimanapun perlu dibendung oleh
UMNO kerana mampu memberi kesan kurang baik kepada parti dan kerajaan
menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau mengingatkan, perang fitnah dan persespi telah menjadi senjata utama pembangkang untuk meruntuhkan institusi UMNO.
“Pengalaman PRU lalu telah membuktikan serangan fitnah menerusi media
sosial yang dilakukan pembangkang sedikit-sebanyak telah memperdayakan
pengundi untuk menolak kerajaan,” tegasnya.
Dalam hubungan ini, beliau mahu jentera siber UMNO lebih pro-aktif
membanteras apa juga penyelewengan fakta yang sengaja dilalukan
pembangkang.
UMNO katanya, merupakan sebahagian daripada elemen kerajaan yang memerintah yang memiliki segala keupayaan.
“Kita ada segala-galanya, malah kita ada golongan anak mudah yang
cekap dan berkemahiran dalam teknologi makumat, mereka inilah yang perlu
diguna untuk berada di barsian depan,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment