Thursday, October 15, 2015
Pakar Godam Server Militan IS Akan Diekstradisi Ke AS – KPN
KUALA LUMPUR : Seorang anggota militan IS, yang pakar dalam
menggodam server komputer, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat selepas
ditahan oleh polis di ibu negara pada 15 September lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek berusia
20 tahun itu telah memasuki negara ini pada Ogos tahun lepas untuk
melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan komputer forensik
di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini.
“Hasil siasatan, suspek telah berkomunikasi dengan salah seorang
pemimpin kanan militan IS di Syria bagi tujuan menggodam beberapa server
yang mengandungi maklumat mengenai butir-butir anggota pasukan
keselamatan Amerika Syarikat (AS) sebelum disalurkan kepada bahagian
operasi kumpulan itu untuk tindakan susulan mereka,” katanya dalam satu
kenyataan pada Khamis.
Khalid berkata pada awalnya, suspek telah diletakkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Suspek
kemudian ditahan menerusi waran tangkap sementara yang dikeluarkan oleh
mahkamah dan dikini ditahan di bawah Akta Ekstradisi 1992 sementara
menunggu prosiding ekstradisi ke Amerika Syarikat selesai.
“Tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat polis dengan pihak Biro
Siasatan Persekutuan (FBI) dalam menangani ancaman keganasan khususnya
ancaman kumpulan militan IS yang bersifat rentas sempadan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment