Saturday, October 17, 2015
DAP Cuba Menggagalkan Pelan Rasionalisasi 1MDB
1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, DAP dipacu oleh agenda politik
yang bertujuan menggagal dan menghalang pelaksanaan pelan
rasionalisasinya.
Mengulas kenyataan DAP yang dikeluarkan pagi ini, 1MDB berkata, ia
secara konsisten menyatakan yang jika terdapat sebarang salah laku,
tindakan perlu diambil berdasarkan undang-undang.
Menurut laporan berita, DAP mempersoal sama ada pegawai tinggi 1MDB
mengelirukan lembaga pengarahnya dalam keputusan pelaburannya.
"Sebagaimana diketahui DAP, 1MDB kini disiasat oleh Polis Diraja
Malaysia dan Ketua Audit Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah Ketua Audit Negara membentangkan laporan sementara mengenai
penemuan awal siasatannya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC) yang bersifat bi-partisan pada Jun 2015, dengan laporan akhir akan
dikeluarkan pada akhir tahun, katanya.
DAP sedar mengenai perkara ini, kata 1MDB, kerana ahli PAC termasuk Ahli Parlimen DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua.
"Siasatan oleh pihak berkuasa undang-undang adalah forum yang sesuai untuk fakta dan kebenaran ditentukan.
"Oleh itu kami terkejut, DAP seolah-olah berhasrat untuk terus
menjadikannya isu umum, didorong oleh apa yang boleh dianggap sebagai
pertimbangan agenda politik," katanya.
1MDB berjanji untuk terus memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang menyiasat syarikat itu, tambahnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment