Saturday, October 17, 2015
Tragis Betullah... Parah Ditetak Tiga Penyerang
JERTIH : Seorang lelaki berusia 29 tahun dari Kampung Air Tawar
Semerak Pasir Puteh, Kelantan cedera parah seluruh badan ditetak tiga
suspek tidak dikenali semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berada di dalam
kedai gunting rambut di Kampung Pacakan Kuala Besut, dekat sini.
Apabila melihat tiga lelaki bersenjatakan pedang dan bertopeng menyerbu
masuk ke kedai itu, mangsa cuba melarikan diri melalui pintu belakang.
Bagaimanapun ketiga tiga suspek mengejar dan dapat menetak mangsa.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment