Thursday, October 01, 2015
Dap Patut Segera Belajar Usah Ghairah Campuri Urusan Agama – Sharkar
TEMERLOH : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang,
Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin menasihatkan Dap agar jangan terlalu
ghairah mencampuri urusan agama Islam dan segera belajar menghormati
agama orang lain.
Ujarnya, tindakan Dap yang mempertikaikan kandungan teks khutbah
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) adalah satu tindakan tidak realistik
dan berbaur politik kebencian.
“Bagi saya mudah… jika melayu Dap faham dan mengkaji teks tersebut,
sudah pasti pertikaian ini tidak akan timbul kerana mereka Melayu Islam
dan sudah pasti faham hukum Allah.
“Tetapi masalahnya sekarang, mereka yang mempertikaikan khutbah ini
menjurus kepada kepentingan politik sehingga membelakangkan agama.
“Kandungan teks tersebut
bagi saya langsung tidak berbaur fitnah sebaliknya merupakan nasihat
kepada semua umat Islam dengan memberi contoh apa yang terjadi masa
kini,” ujarnya kepada pihak media.
Tambah Sharkar yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dap
harus faham struktur pentadbiran Majlis Agama Islam di negeri yang ber
Raja. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mempertikaikan semua perkara
hanya untuk mencapai kepentingan peribadi di dalam politik.
“Dap kena nilai kembali diri mereka sendiri. Apabila mereka
menghadkan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau di Pulau
Pinang, kita tidak masuk campur pun sebab itu keputusan negeri
pentadbiran mereka.
“Jadi, bila urusan di negeri kita apatah lagi berkaitan dengan agama, mereka jangan masuk campur,” katanya lagi.
Beliau turut menasihatkan Dap agar menghayati semula teks khutbah
tersebut yang antaranya menyebut: ‘Dewasa ini kita melihat perpecahan
umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara.
“Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan
dan persaudaraan Islam seperti UMNO, Pas, PKR dan ditambah parti baru
yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat
Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.’
“Teks ini menggambarkan umat Islam masa kini berpecah kerana ideologi
politik yang berbeza. Ini satu kenyataan dan bukan fitnah. Di mana
fitnahnya… Memang benar parti Dap menentang Islam kerana itu mereka
sekeras-kerasnya menentang hudud. Siapa makan cili, dia terasa
pedasnya,” sindir Sharkar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment