Thursday, October 01, 2015
Usah Kelirukan Rakyat…. Apa Status Sebenar Kerajaan Negeri Selangor?
KOTA DAMANSARA : Ahli Dewan
Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan hari ini
mendesak kerajaan PKR Selangor untuk mengumumkan kepada rakyat apakah
Selangor masih di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang atau pun di
bawah gabungan parti pembangkang yang baru iaitu Pakatan Harapan.
Menurut beliau, ini memandangkan bahawa pengumuman yang dibuat oleh
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung status kerajaan
negeri Pulau Pinang yang digantikan dengan Pakatan Harapan yang
menyaksikan Pas tersingkir dari gabungan tersebut dan digantikan dengan
Parti Amanah yang merupakan serpihan parti itu.
“Rakyat mahu tahu apakah kerajaan Selangor hari ini masih lagi
diperintah di bawah Pakatan Pembangkang atau pun Pakatan Harapan Baru?
Dua gabungan ini tidak sama memandangkan pakatan pembangkang adalah
gabungan Pas, PKR dan Dap manakala Pakatan Harapan Baru pula menerima
Parti Amanah sebagai ganti Pas di dalam gabungann baru tersebut.
“Kita mahu kerajaan Selangor menjelaskan perkara ini kepada rakyat
kerana ianya menimbulkan kekeliruan berhubung kedudukan Pas di dalam
kerajaan negeri Selangor memandangkan Pas tidak lagi bersama gabungan Pakatan Harapan yang baru ini.
“Status ini amat penting memandangkan wujudnya kekeliruan di kalangan
rakyat Selangor berhubung dengan konflik yang tercetus di kalangan
parti pembangkang sehingga menyebabkan mereka akhirnya terpaksa
mewujudkan satu gabungan baru dengan penyingkiran Pas dari gabungan
tersebut,” tegas beliau kepada pihak media di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor perlu
segera membuat pengumuman dan memberikan penjelasan berhubung perkara
tersebut kepada rakyat di negeri ini memandangkan kini PKR dan DAP
terlibat dalam dua bentuk kerajaan iaitu Pakatan Harapan di Pulau Pinang
dan di Selangor.
“Sebelum ini, Azmin memberitahu bahawa Pakatan Harapan tidak ada
kaitan dengan kerajaan negeri Selangor dan ini bermaksud kerajaan
Pakatan Rakyat masih wujud. Tetapi bagaimana kerajaan pakatan rakyat
masih wujud sedangkan Dap dan PKR telah membuat pengumuman penubuhan
Pakatan Harapan Baru yang tidak disertai oleh Pas sebaliknya digantikan
oleh Parti Amanah.
“Menjadi persoalan di kalangan rakyat apa peranan Parti Amanah di
Selangor dan bagaimana pula kedudukan Pas di dalam kerajaan Selangor
apabila Dap mengumumkan pakatan rakyat sudah tidak wujud dan digantikan
dengan pakatan harapan baru? Sedangkan Dap, PKR dan Pas memenangi
Selangor di bawah nama pakatan rakyat,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negeri ini agar menilai
sendiri sejauh mana sikap profesional yang ada pada diri kepimpinan
pembangkang hari ini khususnya di Selangor.
“Kita lihat kepimpinan pembangkang bukanlah satu gabungan yang
konsisten dan tidak kukuh.
Mereka boleh berpecah bila-bila masa dan
bergabung semula pada bila-bila masa. Ketidaktentuan dan
ketidaksepakatan mereka ini ternyata telah memberikan impak kepada
rakyat di negeri ini apabila mereka lebih mementingkan politik individu
dan kepartian mereka berbanding kepentingan rakyat di negeri ini.
“Sebab itu, isu air, isu sampai dan banyak isu lain masih lagi tidak
selesai kerana pemimpin mereka lebih sibuk berpolitik sesama sendiri
daripada sibuk menjaga kebajikan rakyat di negeri yang mereka perintah,”
jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment