Thursday, October 01, 2015
Pemuda UMNO Pulau Pinang Bantah Arahan Larangan Penggunaan Pembesar Suara
NIBONG TEBAL : Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mengambil
ketetapan tidak akan menyokong dan akan menentang arahan larangan
menggunakan pembesar suara kecuali Azan dan Iqamah bagi masjid dan surau
negeri tersebut oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Ketuanya Rafizal Abdul Rahim berkata, satu memorandum akan dihantar
ke MAIPP sebagai tanda protes dan menyatakan pendirian Pemuda UMNO Pulau
Pinang ke atas isu larangan ini.
“Pemuda UMNO Pulau Pinang rasa amat terkilan dengan arahan tersebut.
Arahan ini sekaligus menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Dap ini terus
terusan tidak sensitif kepada ajaran agama Islam.
“Isu hangat ini
timbul adalah bukan kerana ceramah atau bacaan Al Quran sebelum azan
tetapi sebaliknya azan itu sendiri dikritik. Isu ini juga sebenarnya
telah dibangkitkan oleh seorang ADUN Dap yang membawa rungutan penduduk
di kawasannya.
“Kita sudah merdeka 58 tahun dan Islam adalah agama rasmi negara ini.
Masyarakat Islam sendiri melaksanakan ibadat tanpa menganggu sedikit
pun ibadat agama lain yang kadangkala agak keterlaluan caranya tetapi
inilah budaya dan penerapan nilai murni yang diasuh oleh agama Islam.
“Jadi mengapa hak kita untuk mengamalkan agama kita diganggu sesuka hati,” ujarnya kepada pihak media.
Tambah Rafizal, Pemuda UMNO Pulau Pinang juga bersedia untuk berjumpa
dan bermesyuarat dengan Pejabat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang jika
diberi ruang bagi mengatasi isu ini dengan baik.
Menurutnya, bantahan ini bukan bererti Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak
menghormati institusi fatwa Negeri Pulau Pinang, tetapi persoalannya
mengapa sebarang aduan dari orang bukan Islam tentang Islam akan diberi
perhatian lebih dan segera sedangkan banyak lagi masalah dan aduan dari
orang Islam tentang agama sendiri seperti isu-isu keramat, syirik,
ajaran sesat dan pelbagai lagi begitu lambat diambil tindakan.
“Situasi ini menyebabkan timbul prasangka bahawa fatwa ini mempunyai unsur-unsur tekanan daripada Kerajaan Dap Pulau Pinang.
“Amat menyedihkan, semakin hari perlaksanaan ibadat orang Islam
semakin dipertikaikan sedangkan kaedah dan perlaksaanannya langsung
tidak membahayakan dan mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.
“Adalah lebih baik hari ini penumpuan yang tinggi diberikan kepada
pencegahan dan kawalan anjing-anjing liar yang jelas mendatangkan
masalah wabak anjing gila kepada rakyat Pulau Pinang,” tegas beliau.
Selain itu, beliau turut melahirkan harapan kepada Exco Agama, Abdul
Malik Kassim yang menjadi perantara kepada kerajaan negeri dan MAIPP
supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dan menghormati hak orang Islam
di negeri ini yang tidak pernah diusik ketika di bawah pemerintahan
Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment