Thursday, October 01, 2015
Mahkamah Tinggi Benar Tangguh Prosiding Tuntutan Saman Terhadap Presiden, Setiausaha Kerja UMNO
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah
membenarkan permohonan penangguhan segala prosiding berhubung tuntutan
yang difailkan oleh Anina Saadudin terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Menurut peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Seri Najib
Tun Razak dan Datuk Ab Rauf Yusoh, alasan penangguhan prosiding ialah
kerana terdapatnya keadaan istimewa di mana sekiranya tidak ditangguhkan
prosiding itu boleh memberikan kesan kepada permohonan Datuk Seri Najib
dan Datuk Ab Rauf Jusoh untuk mengenepikan kes yang difailkan oleh
wanita tersebut.
“Maka dengan keputusan
mahkamah hari ini, Datuk Seri Najib dan Datuk Abd Rauf Yusoh tidak
perlu memfailkan apa jua pembelaan dan afidavit-afidavit bagi menentang
permohonan yang telah difailkan oleh Ainina dalam kes tersebut.
“Kes ini akan disebut semula pada 6 Oktober ini untuk menetapkan
tarikh pendengaran permohonan Datuk Seri Najib selaku presiden UMNO dan
Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai penjawat awam bagi mengenepikan kes tuntutan
Ainina terhadap kedua-dua pihak,” jelasnya kepada pihak media di sini
hari ini.
Tambah beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Ab Rauf Yusoh
tidak perlu hadir pada 6 Oktober ini iaitu tarikh sebutan kes dan juga
pada tarikh pendengaran permohonan pengenepian tuntuan ini.
“Pada dua tarikh tersebut Datuk Seri Najib dan Datuk Ab Rauf Yusoh
tidak perlu hadir sehinggalah sekiranya mahkamah tidak membenarkan
permohonan untuk membuangkan kes ini dan kes ini diletakkan di dalam
perbicaraan, barulah Datuk Seri Najib dan Datuk Ab Rauf Yusoh perlu
hadir.
“Jadi secara ringkasnya, kita telah berjaya melarang atau menahan
Datuk Seri Najib daripada memfailkan apa saja pembelaan samada mengaku
atau tidak mengaku dan sebagainya, sehinggalah permohonan beliau untuk
membuang kes ini didengar dan diputuskan,”ujarnya.
Ogos lalu, seorang ahli UMNO Bahagian Langkawi, Kedah, Ainina
Saadudin memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.
Ainina Saadudin memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi melalui Tetuan Haniff Khatri turut
menamakan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai defendan
kedua.
Melalui penyata tuntutannya, Ainina mendakwa Najib sebagai pemegang
amanah konstruktif Umno telah melanggar Perlembagaan Umno dan
peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 196.
Ainina turut mendakwa, Perdana Menteri telah bertindak pecah amanah
dan melanggar kepercayaan yang diletakkan kepada beliau sebagai pemegang
amanah konstruktif UMNO.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment