Thursday, October 01, 2015

Pakatan Baharu Lebih Sesuai Dengan Nama Pakatan Kitar Semula

KUALA LUMPUR : Gabungan parti pembangkang yang baharu membabit Dap, PKR dan Amanah disifatkan bukanlah satu pakatan baharu tetapi lebih sesuai pakatan kitar semula.
Pakatan Harapan Baru Yang Lapuk
“Tiada apa yang baharu… semua adalah muka lama malah parti Amanah yang baharu ditubuhkan juga adalah parti yang dianggotai pemimpin kitar semula yang kecewa apabila tewas dalam pemilihan Pas baru-baru ini.  Malah matlamat utama pakatan baharu ini juga masih lagi menobatkan calon kitar semula iaitu untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Apa yang baharu? Jawapannya memang tidak ada.  Yang ada semua adalah yang dikitar semula baik dari sudut pemimpinnya mahu pun matlamat perjuangan pakatan tersebut,” demikian pandangan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim.

Jelas beliau lagi apa yang sebenarnya yang cuba ditonjolkan pakatan baharu parti pembangkang ini hanyalah pakatan yang gagal untuk bersifat saling bekerjasama, hormat menghormati, kejujuran antara satu sama lain.

“Bagaimana bentuk politik yang dipamirkan di Permatang Pauh begitulah juga acuannya dalam pakatan baharu ini. Pi mai, pi mai tang tu juga.

“Kita yakin ini juga bukan pakatan baharu yang terakhir malah selepas ini akan ada lagi pakatan-pakatan yang diberi nama baru selepas salah satu parti dalam pakatan tersebut dikhianati.  

Perkara ini terjadi kerana parti pembangkang adalah bersifat parti politik kosmetik semata-mata bukan bertunjangkan kesepakatan, keikhlasan dan saling menghormati seperti yang diamalkan dalam Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun yang lalu”, ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment