Wednesday, October 07, 2015
Isu Pembahagian Kerusi Bakal Tambah Masalah Pakatan Pembangkang
KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan
(AMK) Pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata isu pembahagian
kerusi bakal hanya menambah masalah yang sudah sedia ada bagi pihak
pembangkang serta bakal menyemarakkan lagi gerakan politik tikam
belakang sesama parti pembangkang demi untuk kepentingan politik parti
masing-masing.
Menurut beliau, isu tikam belakang dan saling hentam menghentam
sesama sendiri merupakan isu utama yang menyebabkan pakatan pembangkang
tidak boleh kekal lama dan isu pembahagian kerusi ini hanya akan
menambah sebab-sebab keretakan atau perbalahan yang berlaku selama ini
di antara parti-parti politik pembangkang selama ini.
“Bagi saya, isu pembahagian kerusi ini hanya akan menambah lagi acara
tikam menikam antara Dap, PKR dan juga Parti Amanah ini. Sebelum ini
banyak isu-isu yang pemimpin pembangkang tidak dapat selesaikan kerana
sikap tikam belakang dan tidak ada kejujuran serta ketelusan di antara
kepimpinan parti-parti pembangkang tersebut.
“Sebelum ini, Barisan Alternatif yang diwujudkan oleh pembangkang
tidak mampu kekal lama bukanlah disebabkan pembahagian kerusi dan
sebagainya, tetapi ianya terjadi
apabila Dap tidak dapat menerima perjuangan serta menghormati dasar
perjuangan Pas, di mana akhirnya berlaku pertelingkahan antara mereka
yang telah menyebabkan perpecahan.
“Jika kita lihat dalam pakatan rakyat pula, perkara yang sama turut
berlaku. Pas akhirnya disingkirkan daripada pakatan rakyat apabila Dap
tidak berpuas hati dengan isu hudud dan campur tangan dalam usaha
mewujudkan satu parti baru yang diasaskan oleh kepimpinan Pas yang tidak
berpuas hati dengan golongan ulama di dalam Pas,” tegasnya kepada
pihak media di sini hari ini.
Isu tikam belakang ini menurut beliau lebih buruk lagi apabila ahli
sesama parti turut bertindak mengkhinati, memfitnah dan menjatuhkan
pemimpin tertentu demi untuk memenuhi agenda politik pemimpin tertentu
di dalam parti yang sama.
“Kita boleh lihat bagaimana PKR sanggup untuk memfitnah Tan Sri
Khalid Ibrahim dengan pelbagai dakwaan yang tidak betul semata-mata
untuk menjatuhkan beliau dari kerusi MB Selangor atas kehendak
kepimpinan tertentu di dalam PKR.
“Dap pula tanpa rasa bersalah menipu ahli-ahli mereka dan sehingga
kini, ahli-ahli yang dinafikan hak-hak mereka didalam parti tersebut
masih tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Manakala Pas pula, kita
dapat lihat hari ini ada pemimpin mereka yang sanggup menjadi
pengkhianat dan menjadi punca perpecahan di dalam Pas hari ini.
“Jika mereka sesama sendiri boleh berbalah, sanggup menipu dan
memfitnah demi untuk melaksanakan agenda politik peribadi pemimpin
tertentu, saya fikir tidak mustahil mereka sanggup menikam belakang
rakyat yang memberikan mereka amanah sekiranya mereka berkuasa kelak,”
jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment