Wednesday, October 07, 2015
Usah Dolak Dalih Main Drama… Guan Eng Digesa Perjelas Isu Bantuan SAR Di P.Pinang
NIBONG TEBAL : Kerajaan Dap Pulau Pinang terutama Ketua
Menterinya, Lim Guan Eng hari ini digesa untuk berterus terang tanpa
berputar belit mengenai isu bantuan kepada sekolah agama rakyat (SAR) di
Pulau Pinang.
Ini ekoran kenyataan Guan Eng sebelum ini yang bersungguh-sungguh
menafikan dan mengatakan dirinya difitnah kononnya kerejaan negeri tidak
pernah menarik balik bantuan terhadap SAR.
Justeru Pemuda UMNO Pulau Pinang menggesa Guan Eng untuk membuktikan bahawa bantuan tersebut tidak pernah ditarik balik.
Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim
mencabar Guan Eng untuk membuat penafian terhadap kenyataan media yang
diedarkan oleh Pengetua Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA), Muhammad
Fauzi Yusof.
Antara isi kandungan kenyataan media tersebut adalah surat makluman
pemberian bantuan kepada SRIA Balik Pulau, Pulau Pinang telah ditarik
balik pada hari yang sama ia diserahkan oleh Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang (JAIPP) melalui pegawainya.
“Jika benar seperti apa yang Guan Eng cakap kononnya tidak pernah
kurang walau satu kupang (10 sen) pun, maka buktikan… atau adakah
wujudnya pilih kasih dan diskriminasi dengan hanya sekolah-sekolah agama
yang terpilih sahaja yang diteruskan bantuan.
“Jadi, Guan Eng perlu telus dan berterus-terang. Jangan terus berdolak-dalik main drama,” ujarnya kepada pihak media.
Tambah Rafizal, perkara ini berkait rapat dengan masa hadapan anak-anak Melayu Islam di sekolah berkaitan.
Tegas beliau lagi sekiranya tidak ada perkara yang tersirat dan tersurat maka Guan Eng perlu memberi penjelasan dengan segera.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment