Thursday, October 15, 2015
Jahatnya yang Buatnya.... Justo : Pihak Ketiga Ubah Suai Dokumen PetroSaudi
Xavier Andre Justo telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara
tiga tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17
Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi
International Ltd (PetroSaudi).
Peguam baharu warga Switzerland itu, Worasit Piriyawiboon memfailkan
permohonan di Mahkamah Rayuan di sini hari ini dengan dokumen sokongan
setebal 59 muka surat, hanya dua hari sebelum tamat tempoh rayuan.
Antara alasan rayuan untuk meringankan tempoh hukuman ialah Justo tidak
mengubah suai dokumen-dokumen yang diperoleh daripada PetroSaudi dan ia
merupakan kesalahan pertamanya.
Worasit berkata sebarang kerosakan kepada imej Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana akvitivi pihak ketiga yang
mengubah suai salinan dokumen-dokumen yang mereka terima daripada Justo.
"Mereka yang mengubah suai maklumat perlu mengambil tanggungjawab dan
menghadapi tindakan undang-undang," katanya kepada Bernama selepas
memfailkan permohonan rayuan di sini.
Memandangkan kesalahan pertama, katanya, Justo tidak seharusnya
menjalanani hukuman berat dan sebaliknya memadai dengan hukuman ringan.
"Ia seharusnya hukuman penjara enam bulan atau setahun atau hukuman bersyarat atau hanya dikenakan denda," katanya.
Worasit berkata tempoh rayuan biasa adalah 30 hari tetapi Justo diberi
masa tambahan 30 hari bagi membolehkan beliau sebagai peguam baharu masa
untuk menyediakan dokumen-dokumen untuk permohonan rayuan itu.
Sebelum ini, pasukan pembelaan Justo diketuai Pranot Kalanuson.
Mengenai Justo, Worasit berkata anak guamnya telah menyesuaikan diri dalam persekitaran semasa.
"Saya melawatnya di penjara setiap minggu...sudah empat 4 atau lima kali
sekarang. Justo kata dia sihat dan mempunyai banyak kawan dan mereka
memahami dia serta seorang yang disenangi," katanya.
Justo, 49, ditahan di rumahnya pulau peranginan Koh Samui di selatan
Thailand pada 22 Jun selepas pegawai PetroSaudi membuat aduan bahawa
lelaki itu cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs
(RM11 juta) dengan menggunakan dokumen-dokumen yang dicuri daripada
syarikat itu.
Kes Justo menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah
dijalinkan antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment