Thursday, October 15, 2015

Tak Rugi Apa-Apa Saifuddin Sertai PKR

Tiada sebarang kerugian kepada UMNO mahu pun Barisan Nasional (BN).

Itu reaksi beberapa ahli parlimen BN berhubung tindakan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk umno bnSaifuddin Abdullah menyertai PKR.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, UMNO dan BN tidak sedikit pun terkejut dengan tindakan Saifuddin yang seumpama lalang.

“Kita telah menjangkakannya dan kita tidak terperanjat langsung dengan keputusan beliau dan UMNO tidak perlukan manusia yang tidak setia kepada perjuangan dan saya harap dia janganlah memberi alasan macam-macam,” Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzahkata Ahmad Hamzah kepada BNBBC.my.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin pula menyifatkan keputusan Saifuddin memilih PKR menjelaskan kewujudan ‘musuh dalam selimut’ dan tidak boleh dimaafkan.

“Saya tidak hairan pun kerana sikap Saifuddin sudah menampakkan reaksi yang cukup meyakinkan dia tidak serasi dengan perjuangan BN.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin“Pada saya adalah lebih baik kita berlawan dengan lawan yang terang daripada berlawan dengan musuh dalam selimut macam dia, saya ucapkan ‘tahniah’ kepada beliau,” sindir Bung.

Saifuddin yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, pada Khamis mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai PKR.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu baru-baru ini diberikan surat tunjuk sebab oleh UMNO kerana menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September lalu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment