Monday, October 19, 2015
Kaum India Tiada Masalah Hidup Bersama Bangsa Melayu
Kaum India di negara ini secara jujurnya tidak mempunyai sebarang
masalah dengan orang Melayu. Sebaliknya kata Presiden MIC, Datuk Seri S.
Subramaniam, orang-orang Melayu tidak perlu merasakan diri mereka
terancam dengan kaum India dan juga Cina di Malaysia.
Walaupun kita dapat lihat dunia sekarang ini, orang Melayu diasak
bertubi-tubi dengan kaum Cina hanya kerana mereka menuntut hak sama
rata, namun orang Melayu harus ingat bahawa kaum Melayu merupakan kaum
majoriti di negara ini berbanding dengan kaum India dan Cina yang hanya
merupakan golongan minoriti.
Orang-orang Melayu tidak perlu takut dengan gertakan dan amaran serta
tuntutan-tuntutan yang tidak muhasabah oleh kaum Cina. Jika kita lihat
hari ini, hampir 90 peratus jawatan tertinggi di negara ini disandang
oleh orang Melayu. jadi Kenapa kita perlu takut dengan golongan yang
jumlah kecil itu?
“Kebanyakan pemimpin adalah dari bangsa Melayu, Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri adalah Melayu. 80 hingga 70 peratus menteri
Kabinet adalah Melayu dan kesemua Menteri Besar di negara ini adalah
Melayu.
“90 peratus penjawat awam adalah Melayu, majoriti anggota tentera di
negara ini adalah Melayu dan 98 peratus anggota polis di negara ini
adalah Melayu,” katanya.
Jika kaum Melayu pun sudah rasa terancam dengan kaum Cina so macam mana
pulak dengan nasib golongan kaum India?? Lagi la ditindas yedok? Oleh
sebab itu, Menteri Kesihatan itu berkata bahawa golongan India tidak
pernah ada niat untuk mengancam orang Melayu sebaliknya apa yang mereka
lakukan hari ini hanya untuk mencari kesaksamaan.
“Disebabkan itu kita rasa terpinggir. Jadi, kita mencari keadilan. Di
dalam situasi dan masa yang mencabar ini, apabila saya bercakap dengan
bangsa Cina, kita mahukan kesaksamaan agar dapat bersama-sama
membangunkan negara,” ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment