Monday, October 19, 2015
Wan Azizah Takut Nak Bentang Undi Tak Percaya Terhadap Najib?
Nampak sangat yang sebenarnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail sebenarnya adalah seorang yang penakut. Kenapa?? Kerana Wan
Azizah yang sepatutnya mengemukakan usul undi tidak percaya perdana
menteri ke Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen hari ini.
Bukannya hantar wakil Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan dari PKR Hee
Loy Sian. Sendiri yang cetuskan usul tapi diri sendiri tak berani nak
berdiri kemukakan, penakut ke nenek Jijah??
Susulan dari kejadian tersebut, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
seperti mentertawakan Wan Azizah kerana dia tidak bertindak selaku ketua
PKR. Of course lah bila Wan Azizah buat macam tu, hilang la keyakinan
parti pembangkang yang lain. Nampak macam usul tu tak berapa penting
pulak bagi Wan Azizah.. Sebelum ini beriya-iya lagi ajak semua orang
sokong.
"Apabila anda melihat usul sebegitu penting, amat wajar sekiranya ketua pembangkang yang membawa perkara tersebut.
"Sekiranya anda hanya ingin melihat usul tersebut dikemukakan, maka saya juga boleh menghantar usul tersebut.
"Tetapi saya fikir, apabila ia berkaitan dengan keputusan menentukan
masa depan negara, ia harus dibuat ketua pembangkang," kata Guan Eng.
Nampak gaya Guan Eng sendiri sudah meragui kepimpinan yang dibawa oleh
Wan Azizah. Macam tu ke gaya seorang ketua?? Haha! Alamatnya tak kemana
la usul undi tak percaya diaorang tu kuikuikui! Wan Azizah siap kena
warning lagi dengan Guan Eng, kalau nenek Jijah tak serius DAP pun tak
akan sokong usul tersebut.
"Ini bukan permainan, ia bukan seperti main guli, tetapi jika anda mahu
juga menjejaskan usul seperti bermain guli, maka teruskan. DAP tidak
akan terlibat.
"Sekiranya ia tidak dibawa ketua pembangkang, ia akan memberikan persepsi anda tidak yakin usul tersebut akan diluluskan.
"Anda perlu menghormati ketua pembangkang. Beliau mewakili semua pembangkang. Jadi, jangan bermain dengan perkara ini," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment