Monday, October 19, 2015

Parti Mat Sabu Tak Setaraf Nak Bersaing Dengan PAS.. - Hadi Awang

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kewujudan parti Amanah Negara (Amanah) tidak memberi cabaran kepada Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hadi yang ditanya bagaimana Pas akan berdepan dengan Amanah yang berjaya membentuk Pakatan Harapan (PH) bersama DAP dan PKR berkata, ia umpama saingan yang kecil buat Pas.

Jelas Hadi, Pas sebelum ini pernah bertemu dengan pencabar terbesar iaitu Barisan Nasional (BN) dan menganggap Amanah dan PH sebagai bukan tandingan Pas pada PRU akan datang.

Tambah Hadi, Pas tidak terkesan dengan penubuhan PH dan akan mencabar semua kerusi yang akan ditandingi PH pada PRU kelak.

"Dengan Amanah atau Pakatan Harapan ini terlalu kecil. Dengan Umno, BN kita pernah lawan.

"Kita nanti bukan sahaja akan tambah kerusi dalam PRU, tetapi insya-Allah akan menambah kemenangan," kata Abdul Hadi.

Hadi yang menyentuh mengenai penubuhan Amanah bagi mencabar kedudukan Pas dan merebut kerusi yang ditandingi Pas bukanlah satu cabaran besar buat Pas, sebaliknya ianya adalah saingan yang sangat kecil buat parti Islam itu.

Hadi berkata, Amanah yang baharu sahaja ditubuhkan merupakan sebuah parti yang kerdil jika dibandingkan dengan Pas yang telah mendapat tempat di hati rakyat.

"Bagi kita parti Amanah ini tak ada apa-apa cabaran yang besar pada Pas. Pas pernah hadapi cabaran yang lebih besar.

"Oleh itu kita mengangap apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat kecil," kata Abdul Hadi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment