Monday, October 19, 2015
Yusuf Qardawi Menipu atau Hadi Awang Yang Bawak Cerita Palsu? - Salahudin Ayub AMANAH
Draf Kenyataan Penjelasan Isu AMANAH Diharamkam Oleh Yusuf Al Qardawi
1. Saya telah mengetuai misi Antarabangsa Amanah ke Doha, Qatar Dan
Istanbul, Turki dari 13hb Oktober hingga 18 Oktober, 2015. Misi ini
bertujuan untuk memposisi dan memperkenalkan Amanah dikalangan gerakan
Islam Antarabangsa .
2. Bersama saya ialah Ust Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum Amanah dan Hj Asmuni Awi, Bendahari Amanah.
3. Semasa di Doha, Qatar 13hb Oktober, 2015, kami telah mengadakan
pertemuan dengan Prof Ali Alqaradaghi, Setiausaha Agong Kesatuan Ulamak
Islam SeDunia. Pertemuan hampir 2 jam itu antaranya adalah
memperkenalkan kewujudan Amanah. Perbincangan kami amat mesra dan saling
bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan
mengenai Amanah.
4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Ibrahim Munir , Setiausaha
Agong Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, Turki. Diakhir pertemuan
beliau telah mencadangkan agar satu pertemuan diadakan diantara Amanah
dan Pas dan mengesyorkan Prof Yusuf Qardawi menjadi pihak ketiga.
Pertemuan ini diadakan pada 16hb Oktober, 2015.
5. YB Dato' Mujahid Yusuf Rawa pula telah bertemu sendiri dengan Prof
Yusuf Qardawi di Doha, Qatar pada 18hb Oktober yang membawa mesej yang
sama. Sekali lagi dimaklumkan bahawa usaha untuk mempertemukan Amanah
dan Pas adalah dipersetujui dan dialu-alukan leh Prof Yusuf Al Qardawi.
6. Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan yang menyatakan fatwa
dari Prof Yusuf Al Qardawi bahawa kewujudan Amanah adakah haram di
Malaysia.
7. Saya sebagai mewakili Amanah mempertegaskan bahawa Amanah bersedia
dan sentiasa terbuka untuk bertemu , berbincang dan komited untuk
menyertai apa-apa perbincangan dengan mana-mana pihak demi kepentingan
perjuangan Islam dan ummah seluruhnya.
8. Amanah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak
dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukan sikap terpuji serta
mengambil pendekatan terbuka dan memberi peluang untuk berbincang dengan
Amanah dan bukanya mengambil pendekatan mencerca dan menghukum
sewenang-wenangnya.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden Amanah
Kuala Lumpur
19hb Oktober , 2015
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment