Monday, October 19, 2015

Maybank Rasis Buang 90 Peratus Pekerja Melayu.. - PERKASA

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa, Bank tempatan terbesar Maybank telah membuang pekerja-pekerja Melayu terutama yang berkhidmat dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Menurutnya, Perkasa mendapat aduan daripada bekas pekerja Maybank yang diberhentikan bahawa seramai 298 pekerja Maybank telah diberhentikan bermula 2008 sehingga kini.

Malah, apa yang mengecewakan, pihak bank mengunakan alasan kakitangan tersebut gagal mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) walaupun telah berkhidmat lebih dari 10 tahun.

Ibrahim berkata, pihaknya memandang serius perkara ini kerana pekerja yang dibuang rata-ratanya orang Melayu dan mahu pihak atasan Maybank tampil menjelaskan.

"Perkasa memandang berat dan minta pihak atasan Maybank tidak lepas tangan apa yang berlaku.

"Berdasarkan aduan yang Perkasa terima, dua orang pegawai yang terlibat memberhentikan pekerja bawahan ini. Sama ada sengaja atau tidak mereka berhentikan 90 peratus pekerja Melayu atas alasan dan sukar kita dapat terima alasan yang diberikan," kata Ibrahim.

Dalam masa sama, beliau memberi amaran kepada pihak bank agar menghentikan penindasan golongan bumiputera yang jelas kelihatan dilakukan.

Beliau yang menyentuh lebih lanjut berkata, adalah tidak masuk akal apabila pihak Maybank sanggup memberhentikan pekerja Melayu yang pernah merangkul anugerah kecemerlangan pada sekitar tahun 1970 sehingga 1990.

Jelasnya, Maybank yang merupakan bank tempatan sepatutnya mengutamakan golongan Bumiputera kerana mereka berhak mendapat hak-hak istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Oleh itu, beliau berharap pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Bank Negara dapat mengambil berat mengeani pembuangan pekerja Melayu ini.

"Saya bukan rasis tetapi pihak pengurusan Maybank jangan lepas tangan. Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara patut ambil serius mengenai perkara ini, sila beri perhatian," ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment