Monday, October 19, 2015

Pemimpin DAP Berfikiran Tidak Matang!!

Boleh dikatakan kebanyakan pemimpin-pemimpin DAP ini sebenarnya pemikiran diaorang masih lagi berada di takuk yang lama, pemikiran old skool la katakan. Bukan apa, sebab kelakar pulak bila tengok perangai Wakil Rakyat DAP, Steven Sim.

Ada ka patut nak suruh semua ahli-ahli Parlimen untuk menolak setiap apa sahaja usul yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat jika ianya menghalang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Eshhh eshhh eshhh.. Kalau dah tak lulus dan tak lepas tu apa boleh buat kan, perangai budak-budak betul diaorang ni.

“Jika kerajaan tidak benarkan usul Petaling Jaya Selatan naik, saya menggesa semua ahli Parlimen kedua-dua belah untuk menolak setiap usul kerajaan untuk menunjukkan kita tidak percaya kepada pentadbiran Najib,” katanya.

Maknanya kalau usul undi tak percaya yang dibawa oleh Hee Loy Sian daripada PKR itu tidak diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat so diaorang ni ramai-ramai kononnya nak boikot dan tak sokong usul-usul lain yang dibawa oleh kerajaan. Huhhh pelik betul perangai diaorang ni.

Tapi memandangkan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri itu telah pun diluluskan oleh Speaker Dewan Rakyat dan tersenarai dalam 25 perkara di kertas aturan mesyuarat Parlimen, haaaa so jangan ada alasan pulak ya nak teruskan perangai budak tadika ni.

Namun begitu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, urusan-urusan yang berkaitan dengan kerajaan akan diberi menjadi keutamaan sepanjang 7 minggu sidang berlangsung, bermula hari ini. So usul persendirian ahli Parlimen kena tolak tepi dulu la haha...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment