Monday, October 19, 2015

Kerajaan BN dan UMNO Punca Golongan Muda Muflis dan Papa Kedana?

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi punca utama kenapa golongan muda di negara ini menjadi muflis dan papa kedana.

Alasan yang ketua AMK berikan atas tuduhan tersebut adalah kerana kerajaan dilihat lebih mementingkan politik berbanding dengan keutamaan kepada rakyat. Kononnya kerajaan gagal memerintah negara dengan baik. Hanya gara-gara peningkatan golong yang muflis meningkat, terus AMK nak salahkan BN.

“Jabatan Insolvensi Negara juga mengaku ketika ditemu ramah oleh Reuters bahawa ramai golongan muda ini yang dibebankan oleh hutang pelajaran dan juga perbelanjaan seperti pengangkutan dan tempat tinggal.

“Data yang dibentangkan ini jelas menunjukkan kegagalan polisi kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang mengutamakan kepentingan politik beberapa individu sahaja dan bukan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Bagi pendapat kita, meski pun golongan muda dibebani dengan hutang semasa belajar namun golongan muda harus lah bijak untuk mencari peluang-peluang yang ada bagi menampung kekurangan berkenaan. Tambahan pula dengan dibebani dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, golongan muda harus bijak berbelanja.

Mana tidaknya, kalau dah tahu tengah study so tak payah la nak bajet hipster sangat lepak Starbuck, Soul Garden dan café-café mewah habiskan duit pinjaman PTPTN korang tu. Kalau dah kerja sendiri pandai-pandai la atur duit kauorang.. Jangan gaji ciput tapi pakai handbeg LV, Sembonia berkasut pulak Dr. Martens.

Jangan jadikan alasan BN penyebab golongan muda muflis kalau golongan muda sendiri yang tak pandai nak kejar peluang. Tahu nak harapkan duit jatuh je dari lagit sebab nak shopping kat Pavillion, fuhhhh sapa nak bagi beb...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment