Wednesday, October 21, 2015

Pakatan Harapan Didominasi Dap Berkisar Politik Rasis, Undang Perpecahan Kaum

KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, Pakatan Harapan tidak mempunyai sebuah pakatan yang mampu membela nasib rakyat sebaliknya akan melebarkan jurang perpecahan di kalagan masyarakat pelbagai kaum.

“Pakatan Harapan yang didominasi oleh Dap berkisar kepada politik rasis, tidak menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada masyarakat majmuk di negara ini,” tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, pakatan tersebut hanya pakatan rapuh bagi meneruskan agenda politik Dap yang memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Pakatan Harapan tidak mempunyai harapan untuk rakyat Malaysia, hanya sebuah gabungan tajaan Dap yang tidak berteraskan kepada kepentingan rakyat dan negara,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Oleh sebab itu jelas beliau, Pas awal-awal lagi menunjukkan reaksi kurang berminat untuk bersekongkol dengan pakatan tersebut malah menegaskan tidak akan menyertainya selagi Dap ada bersama.

Malah kata Syed Ali, perbalahan Pas dengan Dap semakin meruncing yang sekaligus akan mencacatkan Pakatan Harapan yang kini hanya dianggotai Dap, PKR dan Amanah.

Tambah beliau lagi, ketika sengekta Dap dengan Pas kian memuncak, PKR pula terutama di Selangor menunjukkan sikap sebaliknya.
pakatan harapan hancur
“Ini menunjukkan parti-parti pembangkang tidak konsisten dalam perjuangan mereka, masing-masing mempunyai agenda tersendiri,” tegasnya.

Syed Ali mengambil contoh bagaimana pakatan pembangkang sehingga kini tidak mencapai kesepakatan dalam usaha mereka untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menetri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.

Beliau menjelaskan, ketiadaan kata sepakat di kalangan pembangkang berhubung isu tersebut jelas menunjukkan mereka sengaja mencetuskan propaganda bagi membangkitkan keresahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“PKR dan Dap bertelagah pendapat dalam siapa yang akan bawa usul tesrebut dan ini memperlihatkan seolah-olah mereka hanya bersandiwara” ujarnya.

“Pakatan Harapan sendiri pun huru-hara, bagaimana pula mereka mampu mentadbi-uruskan negara ini sebaik mungin sepertimana yang telah dilakukan oleh UMNO dan BN.

Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu turut menjelaskan kesediaan Pas bertanding secara tiga penjuru pada PRU akan datang walaupun bakal dicabar oleh calon Amanah, bukan sesuatu yang janggal.

Katanya, pertandingan tiga penjuru sama ada di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada setiap kali PRU bukan perkara baru malah sering berlaku.

“UMNO sendiri pernah ditentang secara tiga dan empat penjuru yang membabitkan calon bebas,” katanya.

Dalam isu Pas ini jelas beliau, parti itu berhak meletakkan calonnya di mana-mana kawasan walaupun turut ditandingi oleh calon Dap, PKR mahupun Amanah.

“Pakatan pembangkang bukan atas permuafakatan secara rasmi seperti BN, mereka longgar dan tidak ada asas kepada penggabungan tersebut,” tegasnya.

Bagaimanapun Syed Ali mengingatkan jika berlaku pertembungan tiga parti yang mewakili kelompok Melayu dikhuatiri akan memecahkan undi di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu.
Di pihak UMNO katanya, parti itu  sentiasa konsisten dalam mempertahankan keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Sebagai teras kepada BN katanya, UMNO telah menunjukkan kecemerlangannya dalam meningkatkan tahap penghidupan orang Melayu termasuk umat Islam di negara ini.

“Demi Melayu, UMNO telah melakukan segala-galanya, malah sentiasa mempertingkatkan keberkesanannya disamping tidak mengetepikan sumbangan terhadap kepentingan bukan Melayu,” tegasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment