Monday, October 19, 2015

SOSMA Lebih Adil Benarkan Tertuduh Bela Diri Berbanding ISA

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak tertentu, khususnya pembangkang yang mengatakan bahawa SOSMA telah disalah gunakan untuk menangkap ahli-ahli politik di mana menurut beliau dakwaan seumpama itu tidak benar sama sekali.
http://watan-online.com/wp-content/uploads/2014/11/zahidi-zainul-abidin.png
Menurut beliau, SOSMA diwujudkan atas kehendak ahli UMNO dan rakyat di negara ini yang mahu melihat satu akta yang dapat mengekang isu-isu perkauman dan keganasan di negara ini sebagai ganti kepada ISA yang telah dimansuhkan.

“Antara beza antara SOSMA dan juga ISA adalah di mana kuasa untuk mendakwa, menahan dan menangkap tidak lagi di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri seperti akta ISA sebelum ini, tetapi ianya diletakkan di bawah kuasa jawatankuasa SOSMA yang terdiri daripada pengamal undang-undang dan sistem kehakiman di negara ini.
sosma
“Biar pun ada yang mendakwa akta SOSMA ini lebih tegas berbanding ISA, namun di dalam SOSMA mereka yang ditahan boleh dibicarakan untuk membela diri. Mereka yang dituduh boleh mengemukakan bukti dan sebagainya bagi sebagai hujah bahawa diri mereka itu tidak bersalah.

“Tidak seperti ISA sebelum ini di mana mereka yang dituduh tidak dapat membela diri serta boleh ditahan tanpa bicara untuk jangka masa yang panjang sehingga satu masa yang ditentukan oleh kerajaan. Namun akta SOSMA ini tidak begitu dan sudah tentulah ianya lebih adil buat mereka yang dituduh di bawah akta ini berbanding ISA sebelum ini,” ujarnya kepada pihak media di sini hari ini.

Jadi katanya lagi, sesiapa yang mendakwa bahawa SOSMA lebih keras berbanding ISA sebelum ini adalah tidak benar di mana akta baru ini membenarkan tertuduh untuk membela dirinya di mahkamah.

“Jadi saya minta agar rakyat menyiasat dan menyelidik terlebih dulu berhubung perkara ini. Dakwaan sesetengah ahli politik dan pihak tertentu yang mengatakan SOSMA digunakan untuk memberikan tekanan terhadap ahli politik, khususnya yang menentang arus itu tidak benar.

“Tujuan SOSMA diwujudkan adalah untuk mengekang sebarang aktiviti yang berhubung kait dengan keganasan, perkauman dan juga aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengancam kedaulatan dan keamanan negara ini.

“Dan yang lebih penting lagi, SOSMA tidak berada di bawah kuasa ahli politik mana-mana parti sekalipun sebaliknya diterajui oleh jawatankuasa SOSMA yang dilantik di luar kalangan ahli politik di mana keputusan mereka untuk menahan dan atau menuduh itu lebih telus dan adil tanpa berpaksi mana-mana parti atau pemimpin politik,”tegasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment