Monday, October 19, 2015
Sumbangsaran Inap Desa Dicadang Di Melaka – Mas Ermieyati
LANGKAWI : Satu pertemuan sumbangsaran akan diadakan di
Melaka tidak lama lagi bagi membincangkan strategi baharu untuk
memajukan lagi industri inap desa di negara ini.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati
Samsudin berkata pertemuan yang melibatkan pengerusi persatuan inap desa
ini akan turut membincangkan mengenai kaedah penguatkuasaan dan garis
panduan yang dapat dilaksanakan untuk menguruskan industri berkenaan
dengan lebih baik.
“Dengan cara (pertemuan) itu, ia boleh menyemarakkan lagi industri
dan juga membantu orang kampung untuk melibatkan diri dalam industri
inap desa di seluruh Malaysia,” katanya pada sidang media selepas
membuat tinjauan kerja di Homestay Kampung Wang Tok Rendong di sini hari
ini.
Beliau berkata sehingga kini terdapat kira-kira 1,500 pengusaha inap
desa yang berdaftar dengan kementeriannya di seluruh negara namun,
jumlah pengusaha yang belum berdaftar juga agak ramai.
“Kita meminta mereka yang belum mendaftar dengan kementerian ini
untuk berbuat demikian kerana banyak yang kita dapat bantu jika mereka
mendaftar,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment