Wednesday, October 07, 2015
SPRM Nafi Anggota Parlimen Dipanggil Bantu Siasatan
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull
menafikan seorang Anggota Parlimen dipanggil agensi itu untuk membantu
siasatan berkaitan penyalahgunaan kuasa.
“Ini tidak betul,” katanya kepada Bernama dalam satu pesanan ringkas melalui aplikasi Watsapp di sini malam tadi.
Beliau juga berkata SPRM tidak ada memanggil Anggota Parlimen yang
memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi
keterangan.
Sebelum ini dilaporkan seorang Anggota Parlimen dipanggil SPRM kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah sebuah GLC.
Laporan sebelum ini memetik seorang pegawai SPRM berkata: “Siasatan ada dijalankan. Tiada MP (Anggota Parlimen) ditahan”.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment