Wednesday, October 07, 2015
TPPA Dijangka Tidak Berkuatkuasa Dalam Dua Tahun Akan Datang
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
dijangka tidak berkuat kuasa dalam tempoh dua tahun akan datang, menurut
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ketua Setiausaha MITI, Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria, berkata
teks perjanjian yang dipersetujui masih mempunyai beberapa peringkat
sebelum pengesahan, yang termasuk paparan awam, pembentangan di Parlimen
dan analisis manfaat kos.
“Setiap negara perlu kembali kepada negara masing-masing untuk
mendapatkan kelulusan bagi penandatanganan dan seterusnya, pengesahan.
“Ia akan melalui proses yang panjang,” katanya kepada pemberita di luar Forum Megatrend Khazanah 2015 di sini, hari ini.
Beliau berkata kementerian berkenaan turut menunggu teks penuh tiba
dan sebaik sahaja semuanya tersedia, ia akan dipaparkan kepada umum
secepat mungkin.
“Tidak ada apa-apa yang hendak kami sembunyikan. Apa yang penting
adalah kita perlu memastikan ia memberi manfaat kepada Malaysia,”
katanya.
Beliau berkata keputusan untuk menandatangani atau mengesahkan perjanjian berkenaan terletak kepada Parlimen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment