Saturday, October 17, 2015

Tengku Adnan Terima Kunjungan Hormat Daripada CPC, Hamas Dan Fatah

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Parti Komunis China (CPC) yang diketuai oleh MME. Gao Xiang Yang dan dua parti terbesar iaitu Hamas yang diketuai oleh Dr. Khaled Dadomi dan Fatah yang diketuai oleh Adalah K.A Atira bersempena Conference Asean Women In Politics (WIPKL 2015) anjuran Wanita Barisan Nasional (BN).
https://cywarputrajaya.files.wordpress.com/2012/11/e2fa4-osama-hamdan-hamas-lawat-tengku-adnan-umno-malaysia.jpg?w=500
Dalam pertemuan secara berasingan itu, Tengku Adnan tidak ketinggalan menerangkan tentang parti UMNO yang kini sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dari pelbagai sudut.

Namun demikian ujarnya, beliau yakin selaku parti yang cukup berpengalaman dan telah menempuh pelbagai ujian cabaran tersebut akan mampu diatasi dengan segera.

Wakil CPC,Gao Xiang dalam pertemuan tersebu turut melahirkan harapan agar kerjasama baik yang terjalin antara Malaysia dan China dapat diteruskan dengan lebih baik.

Wakil Hamas dan Fatah pula melahirkan hasrat agar Malaysia akan dapat terus membantu negara mereka yang kini sedang dilanda musibah.

Sebagai negara seIslam mereka amat yakin Malaysia mampu memberikan bantuan serta bertukar-tukar pandangan untuk kamajuan negara masing-masing.

Tengku Adnan pula melahirkan harapan agar konsep 1 bumbung Asean dapat dilaksanakan dengan baik. “Malaysia merupakan Pengerusi Asean 2015. Jadi konsep 1 bumbung yang diperkenalkan ini saya harapkan dapat mengeratkan hubungan semua negara Asean dengan lebih erat.

“Ini amat penting untuk kemajuan negara masing-masing. Conference anjuran Wanita BN ini pula menjadi pembuka jalan kepada negara Asean mendapat idea-idea baru untuk diketengahkan dalam pentadbiran negara masing-masing,” ujarnya lagi.

Conference yang membawa tajuk Promoting Representation Through Connectivity And Innovation ini akan membentangkan empat tajuk kecil iaitu “Digital Inclusion: Challenges And Opportunities”, “Legally Speaking: Laws And Policies To Promote Representation Of Women In Politics”, “Power Of 51: Women At The Epicentre Of Winning Elections” dan “Millennials & Gen Z: Engaging Future Leaders And Understanding Their DNA” dengan memberi penekanan terhadap isu penglibatan wanita dalam menguasai bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) secara serius.

Conference ini diadakan bersempena Malaysia menjadi Pengerusi Asean 2015 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment