Thursday, October 15, 2015
Zaid Ibrahim Ingatkan Saifuddin Politik Licik Dalam PKR
KUALA LUMPUR : Belum pun bahang panas Datuk
Saifuddin Abdullah menyertai PKR reda, beliau telah diperingatkan
mengenai kelicikan puak-puak tertentu dalam parti itu.
Amaran itu diberikan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal
ehwal undang-undang), Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai PKR pada tahun
2009 namun keluar parti itu setahun kemudiannya.
Menurut Zaid, beliau telah melalui permainan politik dalaman PKR
apabila membuat keputusan bertanding jawatan timbalan presiden PKR
sekalipun waktu itu beliau masih baru menyertai parti itu.
“Saya tergesa-gesa untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat dan menerima padah. Beliau perlu lebih berhati-hati,” katanya.
Menurut Zaid, beliau terpaksa menarik balik pencalonannya namun
tetap dituduh menipu dan salah laku pilihan raya sehingga
terpaksa meletak jawatan dalam parti itu pada November 2010.
Keadaan itu katanya, menyebabkan beliau hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.
Selain itu, Zaid juga tidak begitu yakin kemasukan Saifuddin ke dalam
PKR akan menjadi aset besar kepada parti itu dan gabungan pakatan
pembangkang.
“Malah, Anwar tidak mampu berbuat demikian,” katanya, namun percaya
Saifuddin yang cukup berpengalaman akan mampu menyesuaikan diri ke dalam
PKR.
Beliau bagaimanapun menasihatkan Saifuddin untuk berpolitik cara selamat dalam parti yang baru disertainya itu.
Zaid kini tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
Saifuddin pada Khamis mengumumkan menyertai PKR kerana tertarik
dengan model berbilang kaum PKR selain merasakan tidak sesuai dengan
UMNO dan Barisan Nasional.
Beliau sebelum itu diberikan surat tunjuk sebab oleh pengurusan UMNO
yang perlu dijawab dalam tempoh 14 hari setelah secara
terbuka menghadiri perbincangan meja bulat pembangkang serta pelancaran
pakatan baharu, Pakatan Harapan, 21 September lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment