Monday, January 04, 2016
1MDB, Proton dan Gencatan Senjata Tun Mahathir
EDITOR MENULIS...
4 JANUARI 2015
Hari ini Tun mengemaskinikan blognya dengan
bercakap hal serangan di Paris beberapa bulan lalu. Hanya masa
menentukan sama ada ini adalah langkah awal Mahathir untuk “gencatan
senjata” atau ia hanyalah “the calm before the storm”.
Tiga
artikel MYKMU sebelum ini mengenai Proton bukan bertujuan untuk
menjatuhkan kereta nasional tersebut, mahupun menyerang Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhari. Bukan juga untuk memburukkan Tun Mahathir.
Kami hanya mahu menunjukkan betapa ketika 1MDB difitnah dengan
pelbagai isu, Proton merupakan “real crock” yang Mahathir cuba
sembunyikan.
Proton dipilih sebagai perbandingan kerana ia merupakan pertemuan klasik Najib Razak dan Mahathir Mohamad.
Mohd Najib DITUDUH menggunakan 1MDB untuk mengkayakan anak tirinya Riza Aziz tanpa sebarang fakta atau bukti yang jelas kecuali andaian dan persepsi Tun Mahathir dan konco-konconya.
Sebaliknya, adalah jelas anak saudara Tun Mahathir mendapat faedah dan keuntungan yang besar dengan Proton selama puluhan tahun.
Najib Razak berusaha menyelamatkan 1MDB tanpa menyusahkan rakyat.
Sebaliknya, Mahathir mahu terus mempertahankan Proton yang memberi
keuntungan besar kepada keluarganya melalui permintaan geran
penyelidikan dan pembangunan. Mahathir juga mahu perlindungan kereta
nasional diteruskan yang akan memaksa rakyat membayar harga kereta yang
lebih mahal.
Sehingga hari ini, Tun Mahathir langsung tidak memberi sebarang
ulasan mengenai kritikan terhadap Proton dan Yasmeen Jurumuda Sdn Bhd.
Kita tidak mahu syarikat ini lingkup dan jahanam, seperti mana kita
tidak mahu 1 malaysia Development Berhad (1MDB) lingkup dan jahanam
kerana serangan Tun Mahathir.
Untuk rekod, kami tidak menyatakan ada berlaku sebarang penyelewengan
dalam pemberian kontrak kepada Yasmeen Jurumuda Sdn Bhd. Kami hanya
sekadar memberi fakta. Jadi tidak penting cabaran-cabaran remeh temeh
daripada penyokong Tun Mahathir supaya jika benar, arahkan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis siasat dan tangkap Tun
Mahathir.
Cabaran Tun Mahathir beberapa bulan lalu juga hanya cabaran politik
kerana kita tahu Tun bukanlah “gentleman” sangat. Tun “melompat sakan”
apabila diminta memberi keterangan kepada Polis mengenai gerakan Sarawak
Report dan rakan-rakannya menjatuhkan Mohd Najib Razak. Tun langsung
tidak mahu menjawab soalan Polis.
Ada penyokong Tun Mahathir marah apabila dibandingkan 1MDB dan
Proton. Bagi mereka 1MDB adalah sejijik perkara dan Proton adalah
sesuatu yang mulia (noble).
Namun mereka kena menerima hakikat bahawa walau sebesar mana hutang
1MDB, ia belum menindas dan menyusahkan rakyat mahupun kerajaan,
sebaliknya demi melindungi Proton, rakyat terpaksa menerima polisi
kereta yang memaksa harga kereta lebih mahal.
Jika anda duduk dan berfikir sebentar, adakah logik kita menganggap
Proton sebagai satu projek nasional yang perlu dipertahankan dengan
segala kos.
Adakah logik pula ada pihak berusaha memusnahkan 1MDB sedangkan
syarikat ini berusaha menstabilkan harga elektrik yang mungkin terpaksa
dinaikkan berkali ganda hasil perjanjian berat sebelah antara Pemilik
Janakuasa Bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad suatu ketika dahulu.
Tindakan mana lebih rasional, nasionalis dan pragmatik?
Sudah tentu mereka yang berfikiran terbuka akan mengangkat 1MDB sebagai satu tindakan nasionalisme dalam diam Najib Razak.
Malangnya, ada negarawan tua tidak habis-habis menyebarkan
cerita-cerita fitnah berdasarkan maklumat-maklumat palsu dan separuh
benar untuk memburukkan 1MDB sebagai satu gajah korupsi terbesar. Ada
beza besar antara syarikat bermasalah dengan korupsi. Mahathir mencampur
adukkan semua isu sehingga mengelirukan orang ramai...
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment