Tuesday, January 05, 2016

808 Individu Ditahan Di Bawah POCA Sepanjang Tahun Lepas – KPN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifPFtY0hBlBITxYqtK6AC-rbay241LNuXqHD8AAskHRtBdTd2auEWBkd4iHyi4qvHScK_JsAfwRqDzKwh6IJLPDPhIXQbLMB9yl41e7gMbxEDVRdnTFTksiVAkcwq8WJuPT7bCWAJSblOQ/s1600/Khalid-Abu-Bakar.jpg
KUALA LUMPUR : Polis menahan seramai 808 individu atas pelbagai kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) sepanjang tahun lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata daripada 808 orang yang ditangkap itu, 188 individu dikenakan perintah tahanan dan 403 lagi dikenakan perintah sekatan.

“Seramai 257 daripada 403 pula telah dipakaikan alat Peranti Pemantauan Elektronik, manakala bakinya masih dalam tindakan,” katanya di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Khalid berkata mereka yang ditahan juga termasuk 57 orang penganjur judi, 18 ‘bapa ayam’ dan 42 individu yang ditahan di bawah kesalahan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment