Monday, January 04, 2016

Amanah Kelantan Tak Mengaku 'Rasuk' Nik Omar Sertai Parti

Hairan, bagaimana seseorang itu boleh ada jawatan dalam parti Amanah tetapi diishtiharkan tidak pernah menyertai parti tersebut. Mushkil bukan?? Apa sebenarnya agenda yang cuba diselindungkan oleh Amanah?

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan hari ini, menidakkan berita Nik Omar Nik Abdul Aziz ‘murtad’ Pas semata-mata mahu berbakti kepada Amanah. Anak kedua Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu juga dikhabarkan telah disahkan memegang jawatan Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Berita tersebut tersebar sejak satu majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya, 1 Januari lepas. Berita tergempar itu tersebar dengan pantas dan mengejutkan ramai pihak. Namun perihal tersebut dinafikan Amanah Kelantan sekeras-kerasnya, dengan mendakwa bahawa itu hanyalah salah faham.

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata berlaku sedikit salah faham ketika Nik Omar diperkenalkan sebagai salah seorang pemimpin parti serpihan itu. Hurmmm... Jika sudah diperkenalkan seperti sedemikian di khayalak ramai, kenapa ada pula yang menafikan? Mungkin Amanah mahu perkara tersebut dirahsiakan terlebih dahulu.

"Kami adakan sidang media di Kota Baru hari ini bagi mengesahkan bahawa Nik Omar bukan ahli Amanah, dan pengumuman yang dibuat sebelum ini adalah salah faham," katanya.

Bagi mendapatkan kepastian, Nik Omar turut diminta untuk menjelaskan perkara "ganjil" ini. Seperti yang dijangka, khabar berita tersebut juga turut dinafikan oleh beliau.  Tambahnya, beliau hanya memilih sesuatu perkara yang cenderung kepada usaha menyatukan ummah dan agama yang menghormati satu sama lain.

"Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain," kata Nik Omar.

Akan tetapi ada sumber menyatakan bahawa memang benar Nik Omar telah menyertai Amanah, akan tetapi diminta untuk dirahsiakan ekoran ada hati yang ingin dijaga. Maknanya memang betul la, anak tok guru Nik Aziz sesat masuk geng jahat tetapi mahu dirahsiakan.

"Beliau tidak mahu perkara itu didedahkan kerana mahu menjaga hati bondanya, Datin Tuan Sabariah Ishak.

"Tuan Sabariah tidak mahu timbul perpecahan dalam keluarga bekas MB Kelantan itu, kerana adiknya Nik Abduh adalah ahli Parlimen Pasir Mas dan juga ketua Pemuda PAS," kata sumber itu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment