Monday, January 04, 2016

Bung Mokhtar Nak Jadi Orang Bawahan Mahathir?

Kadar peningkatan kos sara hidup yang mana melibatkan kenaikan harga barangan, tambang  Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan kenaikan kadar tol kini dilihat semakin membebankan rakyat.

Punca sebenar kenapa kos sara hidup meningkat dengan mendadak, adalah disebabkan ‘najis lama’ yang ditinggalkan oleh tapak kepimpinan  Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada suatu ketika dahulu. Kejadian ini berlaku akibat pemimpin terdahulu tersebut telah menandatangani perjanjian dengan syarikat konsensi.

Namun yang terkena tempiasnya adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana perjanjian yang dilakukan Mahathir tersebut terkesan semasa pentadbiran Najib. Namun begitu, ada beberapa menteri yang tidak bersetuju ‘najis’ tersebut dilemparkan kepada Mahathir, sebaliknya menyatakan bahawa semua itu bukan salah pemimpin terdahulu dan ianya terjadi secara tidak disengajakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin bagai mahu menjadi orang bawahan Mahathir apabila cuba untuk menegakkan benang yang basah. Beliau membela pemimpin ‘nyanyuk’ tersebut dengan mendakwa mereka tidak seharusnya dipersalahkan.

Konon Mahathir langsung tidak mempunyai niat untuk menyusahkan rakyat pada masa akan datang, namun ianya sudah terlambat kerana perkara tersebut sudah pun berlaku. Jadi Bung menyarankan agar peristiwa tersebut dijadikan sebagai teladan kepada pemimpin lain.

Bung mengingatkan, supaya pemimpin mesti berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa perjanjian. Bagi mengelakkan rakyat daripada menjadi mangsa kesilapan pemimpin, seperti yang dilakukan Mahathir dahulu.

“Saya juga tidak menyalahkan kedua-dua pemimpin ini, (Anwar dan Mahathir) kerana mungkin mereka pun tidak berhasrat untuk melihat rakyat hidup susah, tetapi ini merupakan satu pengajaran kepada mana-mana pemimpin dalam negara kita sebelum membuat apa-apa perjanjian.

“Sekiranya membuat apa-apa perjanjian pembangunan untuk rakyat dan negara, maka harus diteliti implikasi bukan sahaja hari itu tetapi pada masa-masa akan datang agar rakyat tidak dibebani kos sara hidup yang berat,” katanya.

Dalam pada itu, Bung juga tidak menyalahkan pentadbiran Najib kerana dirinya hanya dijadikan mangsa keadaan Mahathir. Kesemua kenaikan yang terjadi adalah disebabkan kesalahan perjanjian ‘tanpa sengaja’ yang dilakukan Mahathir dahulu. Jadi jelasnya, bahawa Mahathir lah punca kepada segala kenaikan kos sara hidup di negara ini, bukannya Najib.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment