Monday, January 04, 2016
Pemimpin Umno Jijik Dengan DAP
Pemimpin-pemimpin Umno kini melahirkan rasa jijik dan mual dengan parti
DAP disebabkan tindakan mereka yang tidak jelas serta tidak menentu.
Tidak pernah terlintas di dalam pemikiran pemimpin Umno untuk memberi
ruang atau kesempatan kepada DAP untuk mengambil alih corak pentadbiran
Umno di Putrajaya, seperti yang diidam-idamkan DAP selama ini.
Walaupun DAP tidak berpuas hati dengan pentadbiran negara seperti yang
diberitahu oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.. Umno tidak pernah memberi
muka, dan langsung tidak teringin untuk menjalinkan kerjasama dengan
DAP, kerana kerjasama antara mereka tidak akan pernah terjalin.
Tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim, kenyataan
yang dinyatakan Kit Siang itu, hanya bertujuan untuk menghancurkan
kepimpinan yang sekarang ini menjadi milik orang melayu. DAP sememangnya
mengimpikan untuk menguasai negara dengan sepenuhnya agar mereka dapat
menindas orang melayu.
“Tiada pemimpin Umno yang akan bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan, dan ia tidak akan terjadi.
“Jika ada orang Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara,
mereka boleh terus nyatakan kepada pemimpin. Tidak ada isu berkaitan
negara ini,” katanya.
Sebelum ini, Kit Siang dengan muka bertalamnya sempat menawarkan diri
sekiranya Umno ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan, kononnya bagi
menyelamatkan negara daripada ambang kemusnahan.
Kerjasama itu mahu diwujudkan bagi membasmi negara dari gejala rasuah,
menghindar dari berlakunya ketidakadilan, sosioekonomi dan mengelak dari
berlaku kegagalan dalam pembinaan negara kearah kemajuan.
Menurut Kit Siang yang ‘bijaksana’ itu, negara sekarang ini masih lagi
berada di tahap yang mundur dan lambat maju. Berlaku ketidakstabilan
dalam negara ekoran dari pelbagai masalah dan kontroversi yang timbul
dalam dunia politik.
Mungkin DAP fikir hanya dengan bekerjasama dengan Pakatan harapan, Umno
dapat memperbaiki balik kedudukan negara yang sedang ‘terumbang-ambing’
ini. Padahal semua itu hanyalah agenda politik mereka untuk merampas dan
memusnahkan kepimpinan melayu.
“Beliau (Kit Siang) juga bebas menyatakan pandangan terus kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen.
Tidak perlu mengeluarkan kenyataan mahu kerjasama dengan pemimpin Umno
semata-mata ingin mencapai agenda politik sendiri.
“Ahli Umno juga tidak akan termakan kata-kata Kit Siang ini,” kata Irmohizam.
Mungkin DAP kira bahawa pemimpin Umno cukup lemau untuk diperbodohkan,
seperti mana DAP lakukan kepada Amanah dan PKR. Kit Siang ingat pemimpin
Umno ni senang-senang je ke nak diperbodohkan?? Sorry to say laaa...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment