Monday, January 04, 2016

Orang Kuat Mahathir Mahu Ahmad Maslan Jadi Perdana Menteri

Bekas Ahli UMNO, Anina Saadudin menghina kepimpinan negara yang berada dibawa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran ‘kegagalannya’ untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan negara.

Tambah manyakitkan hati apabila Anina turut memperlekehkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dengan mendakwa individu terbabit adalah lebih layak menjadi perdana menteri daripada Najib.

Sindiran tersebut dibuat ekoran baru-baru ini Ahmad Maslan dihimpit dengan kontroversi dianggap bangang hanya kerana ingin mengubah nasib rakyat dengan memberi saranan melakukan dua kerja. Sebenarnya nitezen yang bangang sebab tidak mahu melihat cadangan tersebut dari sudut yang positif. Yela orang Malaysia kan pemalas!

“Sekiranya Najib cuba menyelesaikan masalah kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menjual segala harta syarikat yang diperolehi secara ehsan dan mudah dari usaha pentadbiran negara yang terdahulu atau tanah-tanah kerajaan, saya berpendapat Ahmad Maslan juga layak menjadi Perdana Menteri.

“Kemungkinan besar Ahmad Maslan akan lebih berjaya berbanding Najib kerana isterinya bukan Rosmah Mansor,” katanya.

Nak cakap yang Rosmah Mansor boros?? Ehhhhhh pemimpin DAP pun boros okeyy… Setidaknya Rosmah belanjakan hasil gaji Najib yang halal berbanding dengan DAP dan PKR yang ntah-ntah makan duit rakyat.

Anina teringin sangat nak tengok Ahmad Maslan jadi perdana menteri sebab katanya semua permasalahan yang timbul kat dalam negara ni semuanya berpunca dari Najib, yela Najib sorang ye yang bermasalah dalam negara ni… Mahathir Mohamad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim semua baik-baik je mana pernah buat jahat.

Ada sampai yang sorang tue terlalu baik sangat hingga sanggup tidur dalam penjara semata-mata nak jimat dan taknak tengok rakyatnya susah. Dan yang sorang lagi tu punya nak tolong rakyat sampai nak tambak habis laut di Pulau Pinang, baik kan dia orang ni… macam malaikat haaaa.

Dalam Malaysia ni najib sorang je yang jahat, betul tak Anina?? Katanya sampai kiamat pun Najib akan tetap menjadi seorang penipu. Lebih baik Najib letak jawatan daripada menjadi perdana menteri.

“Berapa banyak penipuan lagi yang DS (Datuk Seri) Najib nak lakukan? Penipuan demi penipuan ini tidak akan sedikitpun membawa negara ke arah lebih baik. Sampai kiamat pun DS Najib akan terus menipu.

“DS Najib adalah akar segala masalah. Akar yang mati tidak akan menghasilkan pucuk-pucuk atau ranting-ranting baru malah semua nya akan turut mati.

“Percayalah, DS Najib tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah yang diciptanya kerana dirinya sendiri tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Dia hanya mengikut arus umpama layang-layang terputus talinya,” katanya.

Mungkin Anina ni rasa macm dirinya bagus sangat nak melihat bahawa mentadbir negara dan menjadi kepala negara ni satu kerja yang mudah. Tidak perlu mengambil sebarang risiko… Sebab tue dia cakap je pandai tapi apa pun takde...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment