Monday, January 04, 2016
Ramai Kakitangan Awam Hidap ALZHEIMER Bila Time Dapat BONUS
Hari ini merupakan ‘hari raya’ bagi para kakitangan kerajaan kerana ada
segelintir daripada mereka telah menerima bonus tahunan sebanyak RM500
seperti yang dijanjikan. Bonus tersebut dimasukkan terus ke akaun bank
mereka. Bagi pekerja swasta, kalau boss dorang nak beri bonus ehsan,
dapat ler RM250, kalau takde tue takde la yer.. Haha!
Tertarik kita semua dengan status yang dimuat naik oleh Ayahanda Abdul Rani
Kulup yang baru-baru ni katanya dapat gelaran ‘Datuk’ dari ntah mana
‘sultan’ tak tahu laaa. Kata-kata Ayah Rani ini memang kita patut sokong
seratus peratus.
Memang! Rata-rata kakitangan kerajaan memang tak tahu bersyukur! Masa
nak terima bonus, amboiii bukan main lagi puji melambung… Boss baik la…
Kerajaan memahami la macam-macam lah! Semua senyum macam kerang busuk je
bila dapat duit.
Tapi kau orang lupa sebelum korang dapat habuan, puas kau orang caci maki boss
korang… Bila tengah kerja siap online Facebook lepas tue kutuk kerajaan
itu ini… Cara dorang tue macam benci dan meluat sangat-sangat, kalau
boleh nak blah dari bekerja situ. Tapi bila dapat bonus bukan main lain
menadahnya!
Dan yang paling best…. Dianggarkan 1.6 juta kakitangan kerajaan menerima
habuan mereka hari ni dan kita semua dapat rasa mesti ada dikalangan mereka dah
pergi shopping time rehat tadi, betul tak?? Tapi pelik, bila dah bagi
hadiah macam tue dorang still lagi tak tahu nak bersyukur. Spesis tak
tahu bersyukur ni akan cakap ‘elehhhhh, RM500 je pun, shopping sehari
dah habis’!
Kau orang tak sedar, sebenarnya dengan RM500 tu banyak benda yang korang
boleh buat, asalkan kau orang bijak uruskan dan bukannya joli sakan. Hairan
kita, kenapa kakitangan kerajaan ni selalu dimanja-manjakan macam ni
padahal kerja dorang lagi mudah dari pekerja swasta, tapi itu pun mereka
masih tak tahu nak berterima kasih.
Apa yang dia orang tahu, kutuk kerajaan, kutuk Najib! Tapi bonus ambil
jugakk… itu yang pelik! Spesis talam dua muka memang tak boleh
dihindarkan. Cer korang fikir, pekerja swasta kadang kena kerja lebih
masa tapi sesetengah majikan tak beri apa-apa pulangan sedangkan pekerja
kerajaan kerja rileks je tapi siap dapat bonus.
Sebagai contoh, yang kerja pejabat atau cikgu… Ini mengikut pemerhatian kita.. Ada sesetengah tu masuk pejabat atau sekolah kemudian
keluar pergi breakfast sampai sejam dua. Ada jugak yang keluar pergi
hantar anak ke sekolah sampai dua jam katanya jalan sesak dan yang
paling best ada yang ambil kesempatan keluar kejap pergi pasar beli
makanan mentah kemudian balik hantar kat rumah pulak… Perhhhhh dahsyat
korang!
Kau orang ingat pejabat dan sekolah tue mak bapak kau orang punya ke keluar
masuk ikut suka?? Bila time rehat je keluar pergi makan sampai
berjam-jam, ada jugak yang ambil kesempatan sambil-sambil tue pergi
shopping, hebat betul korang ni. Itu pun korang masih tak bersyukur
bekerja di bawah kerajaan?
Macam yang diperkatakan oleh Ayah Rani, orang yang kerja kerajaan ni
senang-senang je dapat cuti. Bila sakit sikit ambil medical check-up
(MC), padahal malas nak pergi kerja. Lain kalau swasta, nak dapat cuti
pun susah.. harap belas kasihan majikan je. Kalau dapat jenis Cina tak
berhati perut tue memang mimpi jela nak cuti.
Lepas tue paling menyedihkan, bila pergi kursus! Tidur rumah adik
beradik tapi klaim duit hotel, duit minyak lagi dengan tol bagai bukan
main banyak lagi klaimnya. Padahal kau melantak duit adik beradik yang
kau tumpang tu. Duit klaim korang kebas jugak, itu macam mana kira??
Makan duit haram tu!
Yang paling kita semua tak puas hati jenis ambil kesempatan ni, memang ada
kakitangan kerajaan jenis masuk kerja lambat tapi bila balik kerja awal
je. Selalunya cikgu la.. sebab dorang jarang sikit nak ada punch kad ni,
itu pun kalau tak kantoi dengan pengetua. Tapi memang ada okey!
Sangat memalukan, bila time nak bonus terus diaorang pura-pura hidapi
penyakit Alzheimer…
Buat-buat lupa yang diaorang pernah kutuk kaw-kaw
kerajaan. Boss yang selama ini korang maki hamun tapi bila hari bonus
terus cium kaki.
Memang pekerja kerajaan berperangai macam ni tak payah nak bajet baik
sangat. Bagi yang bagus tue bagus la, bagi yang talam dua muka tue mesti
sekarang ni tengah dok shopping duit bonus...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment