Monday, January 04, 2016

Anak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz 'Tersesat' Ikut Geng Jahat

Berita yang agak mengejutkan bagi parti Pas, pasti kebanyakkan ahli-ahli parti tersebut tidak menyangka bahawa anak sulung  Allahyarham Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini telah berubah hati dan melakukan penghijrahan berani dengan menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah).

Anak lelaki mantan mursyidul am PAS tersebut, Nik Omar kini sah menjadi sebahagian daripada keluarga Amanah selepas beliau diisytiharkan memegang jawatan, Pengerusi Panel Syariah PAN Kelantan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor, pada Jumaat yang lalu.

Ini menunjukkan bahawa Nik Omar secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada keluarga Parti Amanah Negara (Amanah), sekaligus membuktikan bahawa spekulasi beliau berminat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah benar dan bukannya khabar angin.

Turut hadir sama di dalam majlis tersebut bagi menyambut kedatangan ahli keluarga baru Parti Amanah Negara (Amanah), adalah ketua pembangkang, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Pelik, macam mana salah seorang anak lelaki mantan mursyidul am Pas boleh tersesat dan terjebak di dalam golongan zalim dan jahat itu?? Apakah yang ditawarkan oleh parti Amanah sehingga membuatkan Nik Omar terus berminat untuk menyertai serpihan daripada parti PAS, yang kini menjadi antara musuh ketat parti islam tersebut.

Pastinya ramai yang agak kecewa dengan keputusan tidak matang yang diambil oleh  Nik Omar itu. Mungkin Amanah menggunakan jawatan untuk memancing anak lelaki mantan mursyidul am Pas itu agar menyertai Amanah. Sekali gus dapat mengumpan lebih banyak lagi ahli Pas untuk menyertai mereka.

Mungkin juga, ini merupakan salah satu agenda Pakatan Harapan untuk memancing lebih ramai pengundi melayu di Kelantan, memandangkan Nik Omar adalah anak kepada legasi Nik Aziz yang sememangnya cukup terkenal dan berpengaruh. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment