Apa yang mengejutkan sekarang ini, DAP pula mengaku bahawa mereka akan meneruskan "tradisi" pemberian wang bantuan BR1M, sekiranya Pakatan Harapan yang terdiri daripada gabungan parti PKR, DAP dan Amanah memenangi dan berjaya menakluk Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Itu hasrat dan cita-cita yang disuarakan oleh DAP.
Dahsyatnya… Kata dulang paku serpih, mengata orang mereka yang lebih! Nampak sungguh yang DAP terlalu terdesak untuk membolot kuasa sehingga mereka lupa apa yang diperkatakan mereka sebelum ini. Jelas terbukti DAP mahu "membeli" rakyat dengan menggunakan alasan BR1M semata-mata bagi meraih undi seperti tuduhan mereka sebelum ini kepada kerajaan.
“Pakatan Harapan akan meringankan beban 30 juta rakyat Malaysia dengan memansuhkan GST.
“Rakyat Malaysia masih mampu untuk menerima pembayaran BR1M tanpa GST,” dakwa parti DAP.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berusaha untuk menipu rakyat dengan mendakwa bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST), bakal dihapuskan serta merta dengan syarat Pakatan Harapan harus menang Pilihan Raya yang akan datang. Besar sungguh cita-cita Pakatan Harapan nak tendang kerajaan Umno-BN dari tampuk pentadbiran negara.
Pakatan Harapan turut berpura-pura mengambil berat dan prihatin dengan nasib rakyat, mereka mendakwa rakyat Malaysia bukan setaraf dengan warga Bangladesh atau Myammar sehingga terpaksa melakukan dua kerja bagi menyara kos kehidupan seharian mereka.
“Rakyat Malaysia tidak layak jadi hamba ekonomi. BN perlu diganti supaya kita tidak menjadi hamba di negara sendiri,” dakwanya.
Pada awalnya memang la nampak seperti menanam tebu ditepi bibir… Tapi dipenghujungnya tunggu dan lihat jela apa yang bakal terjadi. Contoh yang sudah terang adalah di Pulau Pinang. Awal pemerintahan je, kerajaan DAP Pulau Pinang menatang bagai minyak yang penuh tapi lama-lama kena pijak jugak!
No comments:
Post a Comment