Monday, January 04, 2016

DAP Terlalu Terdesak Sanggup Pancing Ahli UMNO Untuk Dijadikan Tali Barut

KUALA LUMPUR : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman menggambarkan Penasihat Dap, Lim Kit Siang seakan sangat terdesak sehingga sanggup bermain wayang menghulurkan kerjasama semata-mata memancing mana-mana ahli UMNO yang kecewa untuk bersama mereka untuk dijadikan tali barut parti itu.

Namun tegas Zainal, walaupun ada hati-hati yang kecewa ini namun mereka tidak akan akan bersama Dap kerana semua ahli khususnya pemimpin UMNO amat jelas dan tahu permainan politik kotor DAP.

“Walau ada mereka yang kecewa pada parti asal dan sanggup pindah kepada pakatan harapan tetapi bukan kepada Dap, percayalah bahawa ia tidak akan bertahan lama. Mereka pasti akan kecewa pula dan akhirnya kembali kepada parti asal.
Datuk Zainal Abidin Osman
“Saya juga berharap agar rakyat sedar bahawa kepimpinan Dap termasuklah Kit siang sanggup melakukan apa saja demi mencapai hasrat mereka menumbangkan UMNO. Bagi mereka prinsip dan pegangan tak penting. Apa yang penting adalah impian mereka menjadi peneraju negara ini tercapai.

“Sebab itu mereka sanggup mencari tali barut dalam UMNO untuk dijadikan budak suruhan dalam pakatan Dap,” ujarnya kepada pihak media.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang baru-baru ini bahawa Pakatan Harapan dan Dap bersedia bekerjasama dengan ahli dan pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati dengan parti keramat melayu itu.

Tambah Zainal, Pilihan Raya Umum yang semakin menghampiri membuatkan pembangkang semakin terdesak untuk meraih kepercayaan rakyat apatahlagi selepas menyaksikan seluruh ahli UMNO kembali bersatu dan memberikan kepercayaan kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden Parti merangkap Perdana Menteri di pentas Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Penyatuan ini tegasnya lagi telah memberikan satu tamparan hebat kepada pembangkang setelah segala strategi mereka untuk memecah-belahkan UMNO satu persatu dilihat gagal.

“Kita jelas dapat lihat bagaimana mereka menyerang UMNO dan kerajaan dari pelbagai sudut dan ruang. Setiap langkah kerajaan pusat dipertikai dan dilondehkan demi menyemai rasa benci di hati rakyat kepada kerajaan dan UMNO.

“Datuk Seri Najib sendiri diserang begitu teruk sehinggakan ada ahli UMNO yang terpengaruh tetapi Alhamdulillah berkat kesabaran maka kebenaran itu terselah jua. Kini semua pihak kembali bersatu dan saya yakin penyatuan ini akan membuatkan pembangkang semakin agresif mencari helah untuk kembali menjatuhkan kita.

“Sebab itulah, Kit Siang sanggup menawarkan kerjasama dengan ahli dan pemimpin UMNO kononnya untuk menyelamatkan Malaysia. Tetapi lihatlah apa jadi di negeri Pulau Pinang yang menjadi hak mereka. Adakah negeri ini menjadi contoh terbaik pimpinan Dap? Sudah tentu tidak,” jelasnya.

Beliau turut menyarankan kepada rakyat yang masih di atas pagar agar melihat pentadbiran Pulau Pinang di mana sejak Dap berjaya menewaskan BN yang diterajui Gerakan pada pilihanraya umum 2008, mereka jelas gagal untuk menunjukkan bahawa mereka lebih baik daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Tiada apa yang boleh dibanggakan selain sengsara dan derita yang semakin menghimpit. Jika rumah mampu milik pun mereka tidak mampu untuk bina untuk rakyat maka bagaimana mahu digambarkan kononnya mereka ini adalah pemimpin yang baik. Suara rakyat sedikitpun tidak mahu didengar tetapi mereka asyik menuduh BN yang menyusahkan rakyat.

“Mereka lupa hanya satu kaum yang bahagia tinggal di negeri ini,” katanya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment