Monday, January 25, 2016

Apa Cerita Disebalik Gambar Ini??

Jika tidak kerana isu politik semasa di Kedah gambar Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir ini dikira biasa-biasa saja. Ini semasa Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah menghadiri majlis ramah mesra dengan para nelayan Langkawi di pengkalan nelayan Chenang di pulau peranginan itu tengahari Ahad.

Suasananya meriah dengan deraian gelak ketawa bersama para nelayan sepanjang di situ. Dua hari satu malam Najib berada di Langkawi sejak tiba petang Sabtu untuk menghadiri dua acara yakni menyambut ketibaan penerbangan pertama AirAsia dari Guangzhou, China ke Langkawi dan ramah mesra dengan para nelayan.

Tentu ramai yang cuba korek apa cerita sepanjang Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah itu bersama.Apakah mereka ‘sudah sembang’ dan settle isu kepimpinan Kedah yang kini jadi perhatian satu negara.Empat belas dari 15 pimpinan UMNO Bahagian yang umum hilang keperayaan pada Mukhriz masih kekal dengan pendirian mereka mahu perubahan.

Namun mereka serah pada kebijaksanaan Najib membuat keputusan dan sokong siapa saja pilihannya.Jumaat 29 Januari ini Najib akan pengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Ada pemerhati politik yang kuat merasakan besar kemungkinan apa jua keputusan akan diketahui menjelang mesyuarat berkenaan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment