Monday, January 25, 2016

PM Tak Akan Minta Maaf Laksana Undang-Undang Jamin Keselamatan

Kita selalu sangat dengar pejuang dan aktivis kebebasan bercakap tentang kebebasan sivil bila mana kerajaan hendak laksana undang-undang yang ketat jamin keselamatan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya mengingatkan mereka bagi kumpulan militant seperti IS tidak ada istilah kebebasan sivil.

"Memang benar kita perlu mengimbangi antara kebebasan sivil dan keselamatan negara, tetapi, tiada kebebasan sivil oleh Isis, dan tiada perisai bagi mereka yang melakukan keganasan.

"Langkah terbaik melindungi kebebasan sivil adalah memastikan keselamatan negara," katanya.Beliau menegaskan demikian ketika berucap di sidang antarabangsa memerangi keganasan di Kuala Lumpur Isnin.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Seminar dua hari itu dihadiri semua menteri ASEAN dan sembilan menteri negara rakan strategik iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Australia, United Kingdom, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, China dan Itali.

Serentak dengan itu Najib menegaskan beliau tidak menyesal dan akan meminta maaf laksana undang-undang ketat untuk lindungi keselamatan negara sekalipun berdepan kritikan beberapa pihak.

"Kami tidak akan menunggu sehingga bencana berlaku sebelum melaksanakan langkah pencegahan,"katanya.

"Walaupun kumpulan peguam tidak bersetuju dengan saya atas prinsip seseorang tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, tetapi apabila ia berlaku, banyak nyawa akan melayang," katanya lagi.

Perdana Menteri memberi jaminan Malaysia tidak akan memberi ruang kepada sebarang usaha penyusupan anasir keganasan serta mereka yang berhasrat melakukan kekacauan.

Katanya negara ini mempunyai undang-undang yang akan melindungi keselamatan dan ketenteraman rakyatnya.

"Ada undang-undang untuk melindungi kita, niat dan usaha yang berhasrat mengebom, menyeksa dan memancung tidak langsung mempunyai peluang mengatasi masyarakat yang mahukan keamanan serta menentang keganasan dan peperangan," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment